Tanpa Tunai

Foto “nasi lemak tanpa tunai” tular di Twitter. Foto yang dikongsi Farah Fauzi, seorang guru di sebuah sekolah antarabangsa di Subang, menarik perhatian netizen.

Gerai Canggih Dengan Kod QR

Menurutnya, foto itu diambil 28 Oktober lalu dan dia cuma ingin berkongsi ‘kecanggihan’ gerai yang menjual kuih-muih yang terletak di Putra Heights itu.

Farah yang mengajar melalui kelas dalam talian sejak perintah kawalan pergerakan pertama tidak menyangka foto itu tular, katanya kepada SAYS.

“Itu hanya tindakan rambang, [saya] tidak menyangka akan tular seperti ini,” kata Farah merujuk kepada tweetnya yang mendapat 10,000 retweet pada ketika ini.

Tanpa Tunai Yang Lebih Mudah

Apa yang ingin ditunjukkan adalah kemudahan bayaran tanpa tunai yang ditawarkan.

Menurutnya, dia selalu juga tidak mempunyai wang tunai yang cukup ketika membeli dengan mak cik gerai itu.

“Alasan saya pergi ke gerai pada pagi itu kerana saya tahu mereka mempunyai kemudahan pembayaran melalui kod QR dan ketika itu saya tidak mempunyai RM2 untuk bayar kuih ketayap,” katanya yang terus membeli nasi lemak, bihun goreng, karipap pusing kentang, koci, dan seri muka kerana perlu scan sahaja.

Farah juga berkata adalah sukar baginya untuk pergi ke mesin ATM untuk mengeluarkan wang lebih-lebih ketika Covid-19 masih belum reda.

Seorang pengguna Twitter memberi komen yang dia pernah terbaca hampir semua gerai di tepi jalan di China menggunakan menyediakan kod QR untuk pelanggan membuat bayaran. Dia juga berharap semakin ramai peniaga di Malaysia mencubanya.

Kini wujud beberapa tweet lain yang menunjukkan sokongan dengan tanda pagar “#CashlessSociety”.

Sementara itu terdapat banyak ciapan yang lain meminta lebih banyak pemilik perniagaan kecil untuk menawarkan pilihan pembayaran tanpa tunai. Ini kerana mereka berpendapat kemudahan beli tanpa tupai lebih mudah.

Tinjauan global oleh Standard Chartered baru-baru ini juga mendapati bahawa lebih daripada 70% rakyat Malaysia kini lebih selesa membuat pembelian dalam talian atau yang mempunyai pilihan pembayaran tanpa tunai.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *