Google Lens
– PCMag

Aplikasi Google Lens salah satu aplikasi Google yang berguna dan memudahkan bagi mereka yang memerlukan, sama ada guru-guru, pelajar-pelajar atau sesiapa sahaja.

Katalah seorang guru ingin membina soalan ujian untuk pelajar. Melalui buku rujukan, guru akan menaip semula soalan yang diinginkan. Kini guru hanya perlu imbas soalan yang diinginkan, klik dan hightlight mana-mana ayat yang dikehendaki. Selepas itu salin dan simpan di tempat sepatutnya untuk diubahsuai.

Hanya Imbas Google Lens

Katalah seorang pelajar ingin membuat assignment. Pelajar merujuk buku rujukan dan menaip semula bahan yang diinginkan. Kini pelajar boleh imbas teks yang diinginkan, kalau ingin terjemahkan terus ke bahasa yang dikehendaki pun boleh. Klik, pilih ayat dikehendaki  dan simpan untuk diolah semula.

Katalah seorang ingin mengetahui nama bunga yang berada ditangannya. Dia scan, klik dan seterusnya keluarlah gambar yang bersamaan atau hampir sama dan bolehlah dijadikan rujukan. Kini dapatlah dia mengetahui bunga di tangannya.

Itulah kelebihan yang dimiliki oleh aplikasi Google Lens. Aplikasi dengan teknologi image recognition dari Google untuk memudahkan penggunanya.

Aplikasi yang boleh menyalin teks serta memilih teks yang diinginkan. Ia dapat menterjemah teks daripada mana-mana bahasa asal teks ke bahasa yang dikehendaki.

Aplikasi pintar yang boleh mengenal pasti objek atau gambar yang dikehendaki dan memberi padanan yang bersamaan.

Hanya ambil gambar bunga, binatang atau objek yang dikehendaki atau guna gambar dalam simpanan. Ia akan memberi padanan serta informasi berkaitan, Sekiranya padanan tiada, padanan paling hampir akan dinyatakan.

Kelebihan Lain Aplikasi Google Lens

Sekarang anda berkenan dengan barangan semasa sedang online, ingin shoping barang yang sama, hanya scan barang yang dikehendaki. Google akan memberi saranan tempat untuk anda dapatkan barang tersebut. [Jom shoping..]

Oleh kerana kod bar dan QR kod sering sahaja digunakan, Google Lens juga boleh menjadi pengimbas kod bar dan QR kod. Hanya imbas sahaja, maklumat akan terpapar.

Ingin mencari tempat-tempat yang dikehendaki, contohnya mencari kedai makan yang di sekitar anda. Bukan hanya tempat disyorkan, rating 1-5 juga dinyatakan.

Google Lens yang berintegerasi bersama Google Assistant akan mencari maklumat tepat kepada pengguna.

Sekiranya anda mengambil gambar papan tanda berkenaan waktu tayangan filem, ia akan terus membuat reminder di telepon. Ia juga dapat menambah event ke kalendar telefon anda.

Itulah kelebihan-kelebihan yang dimiliki Google Lens. Hanya muat turun melalui PlayStore, lagi best kerana ianya percuma!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here