Cara tukarkan duit raya di mesin ATM

1 min


duit rayaPerihal duit raya.

Raya bakal tiba, pada tahun ini raya akan lebih meriah sejak Covid-19 melanda. Kini Covid sudah jadi ‘biasa-biasa’. Ramai yang tak risaukan Covid lagi.

Kalau sebelum ini, ketika raya yang kita tak boleh raya, duit raya tak diperlukan sangat kerana tiada aktiviti ziarah. Pada tahun ini ia perlu disediakan ikut keperluan dan kemampuan masing-masing. Paling tidak biar kanak-kanak gembira dengannya.

Kini nak tukarkannya susah juga. Semalam berita melaporkan sehingga ada yang terpaksa beratur panjang untuk dapatkannya. Kini bank menyediakan cara lebih mudah untuk tukarkan duit raya.

Tukar duit raya melalui mesin ATM

Melalui perkongsian media berikut cara menukar wang kecil menggunakan mesin ATM:

Untuk menukar wang bernilai RM10, RM20 dan RM50 caranya cukup mudah dengan 4 langkah berikut. Anda hanya perlu ke Mesin ATM terdekat:

1. Pergi ke cawangan Maybank terdekat iaitu Maybank yang terpilih sahaja. Anda hanya perlu mesin ATM yang ada gambar tertera ‘dapatkan wang kertas RM10 di mesin ini’ yang boleh anda dapatkan tukaran nilai duit raya baru.

2. Kemudian, tekan ‘pengeluaran’ dan pilih jumlah.

3. Jumlah maksimum adalah sebanyak RM300. Pilih dan terus keluarkan duit RM10 baru daripada mesin tersebut.

duit raya4. Sekiranya anda ingin mengeluarkan jumlah wang yang banyak anda perlu ulang semula langkah ketiga di atas.

5. Anda boleh mintak sampul raya daripada kaunter di bank yang anda keluarkan duit raya.

Tukarkan di kaunter bank

Cara biasa untuk tukarkan duit adalah melalui kaunter bank. Boleh dapatkan di cawangan-cawangan bank yang lengang. Nak bersesak bagi merasa meriahnya nak raya dengan beratur panjang, terpulanglah!

Kebiasaannya pihak bank akan menyediakan wang kecil untuk ditukarkan menjelang minggu kedua, ketiga puasa.

Usah segan-segan untuk bersedekah melalui duit raya, kita raya ‘sakan’ tahun ini setelah 2 tahun tak beraya.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

.