Moratorium 1, Kami Langsaikan Baki Pinjaman Kereta

2 min


MoratariumMoratorium kembali lagi. Kali ini bagi yang berhajat, anda terpaksa membuat permohonan berbanding moratorium 1 yang diberikan secara automatik.

Apabila diberikan secara automatik, bagi mereka yang kurang terjejas akan mempunyai lebihan wang. Biasanya apabila terdapat lebihan, tentu akan seronok berbelanja.

Moratarium Langsai Hutang

Alhamdulillah melalui moratorium 1, kami berjaya menyelesaikan baki pinjaman kereta. Walaupun bakinya tak seberapa, baki pinjaman kereta yang masih tersisa selama 15 bulan berjaya diselesaikan.

Apabila diberi moratorium pinjaman peribadi, saya mendapat lebihan lebih kurang RM1,500 manakala isteri mendapat lebih RM500 dari pinjaman keretanya.

Kami bersepakat untuk tidak membelanjakan lebihan ini. Kami dapat menyimpan. Apabila gaji diterima kami terus asingkan dan ikat kemas-kemas. Alhamdulillah setelah tamat tempoh moratorium, dapatlah hasil yang terkumpul lebih kurang RM11,000. Kami berjaya selesaikan baki pinjaman kereta RM7,900 pada Disember lalu.

Selepas diselesaikan, RM565 bayaran bulanan kereta untuk 15 bulan, tak perlu dikeluarkan lagi. Adalah lebihan RM565 yang boleh tampung untuk perbelanjaan lain.

Nak menyimpan? Disiplin dah entah kemana.. kan duit ni berhantu raya, tidak dijaga meliarlah ia!

Kini moratorium kembali lagi, namun kena memohon, tak berapa nak best sikit kerana perlu berurusan dengan pihak bank. Mungkin inilah sebabnya, kerajaan tidak memberikan secara automatik kali ini, yang tidak berhajat terus membuat pembayaran seperti biasa.

Sekiranya tidak memerlukan serta tidak terjejas dan apabila diberikan, lebihan ‘hilang’ entah ke mana.. ya dak?

Ada faedah ke tak moratorium ni..

Sebenarnya moratorium 1 pun dikenakan faedah. Sebelum moratorium, kami membuat panggilan kepada bank, bertanya tentang baki pinjaman kereta. Kami diberitahu akan mendapat pengurangan sebanyak RM250++ sekiranya penyelesaian dibuat dalam bulan semasa. Namun semasa menyelesaikan baki pinjaman, kami hanya mendapat pengurangan sebanyak RM100++ lebih sahaja. Kemana hilangnya.. dah kau 6 bulan tak bayar sebelum itu, akan dikonarlah oleh pihak bank walaupun dikatakan tanpa faedah. Bank tetap bank bossku!

Bagaimana Memohon Moratorium 2

Kini melalui pakej PEMULIH, setelah berkias ke sana ke mari sebelum itu, kini kerajaan membenarkan moratorium pinjaman diberikan secara automatik kepada golongan B40, M40 dan T20. Peniaga perusahaan mikro, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat kemudahan ini.

Permohonan moratorium tidak memerlukan dokumen sokongan, namun permohonan perlu dibuat kepada pihak bank dan pihak bank akan meluluskan secara automatiknya.

Permohonan boleh dibuat dengan berurusan dengan pihak bank bermula 7 Julai 2021 dan anda akan diberikan penangguhan bayaran pinjaman selama 6 bulan.

Sebelum itu pihak Bank Negara Malaysia (BNM) juga memberi panduan untuk membuat permohonan.

  • Layari laman sesawang bank anda untuk mengetahui cara memohon melalui borang web, e-mel, atau panggilan telefon
  • Berikan butiran peribadi dan butiran pinjaman/pembiayaan anda dan pilih bantuan bayaran balik pinjaman yang diperlukan
  • Teliti dan terima terma dan syarat
  • Bank akan memproses permohonan dalam tempoh 5 hari (untuk individu) atau 14 hari (untuk perusahaan mikro dan PKS)
  • Jika anda menghadapi kesukaran berurusan dengan bank, atau anda tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, anda boleh menghubungi BNMTELELINK atau mengisi borang web bnm.my/RAsurvey untuk membuat aduan.

Nak ke tak nak ni? Rasanya berhajat juga hendak memohon, walaupun tempoh bayaran pinjaman akan berganjak lagi dan dikenakan faedah pinjaman [Islamic Loan].

Selepas 6 bulan, sekurang-kurangnya saya mempunyai RM9,000 simpanan.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

...

error: Content is protected !!