Mereka yang layak dapat keistimewaan ‘escort’ pengiring polis

1 min


pengiring polisTiba-tiba keseronokan memandu terganggu dengan siren polis yang ‘menghalau’ kita ke tepi kerana orang kenamaan utama (VVIP) akan melalui jalan itu.

Perkhidmatan polis pengiring sedang mengiringi VVIP untuk ke sesuatu destinasi. Destinasi sama ada penting berkaitan tugas rasmi atau tidak, tidak menjadi perkiraan, pentingnya VVIP perlu diiringi.

Namun begitu adakah semua menteri dan timbalan menteri mendapat keistimewaan itu?

Memetik laporan Malaysia Gazette, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali, berkata pihak polis akan menghantar pasukan khas untuk melindungi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, empat orang menteri kanan dan Menteri Dalam Negeri.

Selain daripada mereka, yang mendapat keistimewaan itu ialah  Ketua Polis Negara sebagai pemimpin tertinggi Polis Diraja Malaysia. Untuk Timbalan Ketua Polis Negara pula, ia bergantung kepada keadaan.

Ia susulan khabar angin Sinchew Daily yang menyatakan bahawa semua menteri dan timbalan menteri di bawah kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberikan escort oleh polis.

Menurut Datuk Hazani Ghazali lagi, sebelum ini polis hanya melakukan escort untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara.

Namun selepas kerajaan terdahulu menambah empat jawatan menteri kanan, pihak polis juga menambah pegawai untuk melakukan escort untuk mereka.

Polis juga menyediakan perkhidmatan polis pengiring untuk pemimpin luar negara yang melawat Malaysia dan juga kerabat diraja.

Tugas pengiring Menteri Pertahanan adalah tanggungjawab Angkatan Tentera Malaysia.

Bagaimana pula sekiranya orang awam menghalang pergerakan mereka.

Memetik laporan mStar, orang awam yang menghalang termasuk tidak memberi laluan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Mereka boleh dikenakan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas selain berdepan hukuman mengikut Akta Polis 1967.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

.