‘Mereka berdua dah jadi adik-beradik’ – Bapa Bayi Tertukar

2 min


Bayi Tertukar
– Jamumall.com

Tentu menyedih dan mencemaskan apabila terbawa anak orang lain ke rumah. Begitulah dugaan yang diterima pasangan suami isteri dalam insiden bayi tertukar di sebuah hospital swasta di Seksyen 13 Shah Alam.

Pasangan Mohammad Syafiq Irfan Azman & Siti Suriani Wahiddin

Bayi Tertukar

Pasangan Mohammad Syafiq Irfan Azman, 23 dan pasangan Siti Suriani Wahiddin, 23. Anak mereka lahir pada 2.36 pagi Jumaat, 11 Jun 2021.

Pasangan ini menyedari anak tertukar ketika ingin memotong tanda nama pada kaki bayi mereka dan tertera nama wanita lain iaitu Dianah sebagai nama ibu. Sebaik sahaja mengetahui tanda nama yang lain terus menghubungi hospital memaklumkan kejadian dan disahkan pihak hospital bahawa bayi tertukar.

Mereka membuat siaran langsung bayi tertukar di Facebook sehingga mendapat 95,000 tontonan dan 50,000 komen.

Pasangan Muhammad Khairulazman Moh Pardon & Diana Hanani Abdullah

Bayi Tertukar

Pasangan Muhammad Khairulazman Moh Pardon, 27 dan isteri Diana Hanani Abdullah, 23 tahun. Anak pasangan ini lahir melalui penbedahan 3.02 petang, Khamis 10 Jun. Bayi mereka dibenar pulang pada 12 tengahari pada 11 Jun 2021.

Mereka terkejut menerima panggilan pihak hospital selepas hari kedua bayi pulang ke rumah iaitu malam Sabtu 12 Jun. Ketika mereka mengetahui bayi tertukar, suami terus menyelongkar tong sampah. Melalui tanda nama tertera nama Siti Suriani sebagai nama ibu bayi.

Setelah mengetahui isteri terus beremosi lebih-lebih lagi isteri yang baru lepas bersalin. Pasangan ini tidak memeriksa tanda nama bayi mereka kerana pada stroller di hospital tercatat nama pasangan.

Mereka kesal dengan alasan pihak hospital kerana ‘terlepas pandang’ dan menyatakan kecuaian yang tidak boleh diterima.

Kini mereka mempunyai silaturrahim dengan keluarga apabila bayi kami telah disusukan oleh isteri pasangan masing-masing.

“Mereka berdua dah jadi adik-beradik,” kata Khairul.

Proses pertukaran bayi pada Sabtu malam 12 Jun penuh emosi kerana masing-masing telah menjaga bayi seperti anak sendiri.

Membuat Laporan Polis

Kedua-dua bapa kepada bayi berkenaan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 9 pagi 13 Jun 2021.

Bayi Tertukar
Kedua-dua pasangan itu juga berhasrat mengambil tindakan undang-undang di atas kecuaian pihak hospital.

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

...

error: Content is protected !!