Doa bebas hutang, lunas hutang menggunung…
Hutang tetap menjadi beban kepada yang berhutang, bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat. Bukan hanya beban kepada dirinya sendiri, malah kepada keluarga sendiri kerana ia wajib diselesaikan.
Bagi yang bertanggungjawab ke atas hutang yang dibuat, dia akan gelisah kerana hutangnya masih belum diselesaikan. Dia akan terfikir bagaimana ingin bayar hutangnya.
Itu bagi mereka yang bertanggungjawab. Bagi mereka yang sebaliknya dan hanya tahu berhutang, dia akan bersikap tak endah terhadap hutangnya. Buat ‘dek’ je kata orang, sehingga tuan yang memberi hutang akan terasa malu apabila selalu meminta hutang di bayar.
Berikut adalah kisah tentang sahabat nabi yang berhutang, yang sangat risau tentang hutangnya tidak mampu dibayar sehingga menghilangkan diri.
Sahabat nabi, Muadz yang selalu bersama dalam kuliah bersama Nabi SAW, tiba-tiba ‘hilang’ sehingga seminggu tidak kelihatan. Bahkan semasa solat Jumaat Muadz juga tidak dilihat kelibatnya.
Apabila Nabi SAW terlihatnya selepas itu, lalu Nabi memanggil dan bertanya kepadanya.
“Wahai Muadz, ke manakah kamu sehingga tidak hadir kuliah, sehingga solat Jumaat pun tidak kelihatan.”
“Aku mempunyai hutang ya Rasulullah, aku bersembunyi sehingga tidak berani untuk keluar rumah kerana tidak mampu membayar hutang. Aku bingung bagaimana hendak membayarnya,” jawab Muadz.
Lalu Nabi SAW bersabda, “Mahukah kamu sekiranya aku mengajarkan satu doa walaupun kamu mempunyai hutang sebesar bukit Uhud yang dipenuhi emas. Sekiranya kamu berdoa dengan ini, Insha Allah hutangmu akan selesai melalui jalan yang tidak disangka-sangka”.
Doa Bebas Hutang
Berikut adalah doa selesai hutang sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi SAW;
Selang seminggu, ketika tiba waktu solat Jumaat berikutnya, ketika itu Muadz sudah berada di saf hadapan masjid sambil tersenyum. Nabi SAW kemudian bertanya kepada Muadz, “Apa khabarmu Muadz”.
Lalu Muadz menjawab, “Tidak berlalu satu Jumaat ya Rasulullah melainkan hutangku telah diselesaikan melalui jalan yang tidak disangka-sangka.”
Jadi, bagi yang berhutang, boleh amalkan doa yang diajarkan oleh Nabi SAW ini. Mudah-mudahan hutang dapat dilangsaikan atas kehendak-Nya melalui jalan yang kita sendiri tidak terfikirkannya.
Jangan Liat Bayar Hutang
Bagi yang ‘liat’ nak bayar, bukan kerana tidak berduit tetapi kerana sayangkan duit, bayarlah kerana itu tanggungjawab yang perlu diselesaikan.
Sesetengahnya sehingga ada komen di media sosial daripada si pemberi hutang menyindir mereka yang berhutang yang muat naik gambar bermewah tetapi hutang tidak mahu diselesaikan.
Ingat, hutang adalah beban sama ada kepada yang masih hidup, amat menjadi beban selepas mati.
Doa lain untuk melunaskan hutang >> MuftiWP
0 Comments