Tanah Kubur
– mStar

Masalah tanah kubur… Peningkatan kes kematian Covid-19 membimbangkan terutamanya di sekitar Lembah Kelang kerana peningkatan mendadak kes.

Pada Sabtu lalu sahaja, sebanyak 98 kematian direkodkan sebahagian besar di Lembah Klang.

Sebelum ini ada pihak hospital terpaksa menyediakan serta menambah kontena khas untuk menyimpan jenazah kerana kekurangan tempat simpanan sedia ada.

Masalah pengebumian pula timbul. Ia berpunca kerana tanah kubur yang menjadi semakin terhad terutamanya di Lembah Klang. Tambahan pula urusan jenazah yang terpaksa dilakukan mengikut waktu pejabat serta kuota yang ditetapkan untuk pengebumian jenazah.

Perkara ini menyedihkan, ia diakui Muhammad Rafieudin Zainal Rashid, Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM).

Katanya, sedih sangat!! Hendak uruskan segera pengebumian jenzah tetapi tanah kubur terhad, tambahan pula ada tanah perkuburan yang menetapkan untuk ahli kariah sahaja.

Tanah Kubur
– mStar

Ada juga tanah perkuburan yang menetapkan kuota. Menurutnya, contoh, sekiranya ada 10 jenazah, hanya 3 jenazah ditetapkan untuk pesakit Covid-19. Ini juga menyebabkan pihaknya terpaksa menyediakan kontena untuk menyimpan jenazah.

Ada tanah perkuburan yang tidak menerima jenazah luar kawasan. Sebagai contoh sekiranya pesakit Covid-19 itu meninggal di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kubur di Selangor tidak akan menerima jenazah tersebut kerana luar kawasan kariah.

Beliau juga memberi contoh di Lembah Klang, kelewatan urusan pengebumian kerana jenazah ditolak tanah perkuburan. Setelah merayu beberapa tanah perkuburan, kubur ke-6 baru menerima jenazah tersebut. Kematian tersebut berlaku pada Ahad, pada Isnin petang barulah dapat dikebumikan, sudah lebih 24 jam.

Oleh itu beliau meminta pihak berkuasa campur tangan dalam perkara ini. Jangan tetapkan kuota kerana lambakan jenazah akan berlaku di hospital. Juga jangan tetapkan kubur untuk ahli kariah sahaja kerana perkuburan adalah tanah wakaf.

Beliau juga berkata, risiko akan bertambah sekiranya jenazah itu terpaksa di bawah pulang ke kampung asal

Tambahan pula beliau meminta jangan hadkan masa untuk urusan jenazah seperti waktu pejabat. Benarkan pada bila-bila masa sehingga tengah malam. Ini kerana menyempurnakan jezanah merupakan perkara fardhu yang wajib ditunaikan.

Tambahan beliau seperti dilapor mStar, SPJM mempunyai 2000 ahli sukerela di seluruh negara yang dapay membantu pengurusan jenazah.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *