Markah UASA terkini, 20% lulus!

1 min


Markah UASA

Markah UASA yang semakin membimbangkan?

Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan skema pemarkahan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) pada sesi akademik 2022/2023. Ia melibatkan instrumen penilaian murid tahun 4,5 dan 6 di peringkat sekolah rendah manakala tingkatan 1, 2 serta 3 bagi sekolah menengah dan penilaian murid juga dinilai berdasarkan Penilaian Bilik Darjah (PBD).

Namun pada sesi 2024/2025 skema permakahan telah diubah sebagaimana berikut:

  • A – Cemerlang (82% hingga 100%)
  • B – Kepujian (66% hingga 81%)
  • C – Baik (50% hingga 65%)
  • D – Memuaskan (35% hingga 49%)
  • E – Mencapai tahap minimum (20% hingga 34%)
  • F – Tidak Mencapai tahap minimum (0% hingga 19%)
GredPeratus (%)Tafsiran
A82-100Cemerlang
D66-81Kepujian
C50-65Baik
D35-49Memuaskan
E20-34Mencapai tahap minimum
F0-19Tidak Mencapai tahap minimum

Pelajar mendapat markah 20 sudah lulus? Mendapat markah 66 sudah mendapat B dengan gred kepujian?

Adakah pelajar-pelajar generasi z semakin lemah dan kurang daya saing sehingga dinilai rendah tahap pencapaian mereka?

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) Fouzi Singon meminta Kementerian Pendidikan memberi penjelasan segera wajar untuk menghilangkan keresahan ibu bapa terhadap skema pemarkahan terbabit. -FMT

Ahli akademik Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut bimbang keadaan itu boleh menimbulkan tanggapan masyarakat mendakwa semakin ramai pelajar malas dan kurang berdaya saing. – FMT

Guru-guru juga turut bimbang muridnya cepat berpuas hati dengan markah lulus 20 peratus.

Namun itulah markah UASA terkini yang telah digunapakai dalam sistem permakahan Kementerian Pendidikan Malaysia.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

.