Mana ada negeri lain tanam Musang King di ketinggian 1,000 m

2 min


Tragedi kepala air serta banjir besar di Kupang, Kedah setakat ini menyebabkan tiga individu hilang dibawa arus.

Menurut MG, penduduk mendakwa projek durian Musang King di Gunung Inas menjadi punca dan diakui rata-rata penduduk terutama penduduk kampung Iboi yang terjejas teruk dalam insiden itu.

Biasanya alam tidak akan bertindak aneh sekiranya tidak dicederakan. Berikut paparan imej satelit menunjukkan situasi sehingga boleh menyebabkan berlakunya tragedi itu seperti apa yang dikongsikan MD.

Gambar 1 adalah dari Outdoor Map applikasi Windy pada imej satelit terkini yang menunjukkan aktiviti membalak pada muka bumi berketinggian 1,029 meter dari paras laut.

Gambar 2 menunjukkan lokasi Kampung Iboi, Kupang, Kedah pada imej satelit lama Google Earth.

Gambar 3 menunjukkan lokasi Kampung Iboi, Kupang, Kedah pada imej satelit baharu Outdoor Map applikasi Windy.

Gambar 4 menunjukkan saliran sungai yang turun dari kawasan pembalakan tersebut?

Kepala air boleh terjadi di mana-mana. Tapi magnitudnya sekadar dalam lingkungan aliran maksimum sungai.

Namun, kesan pembalakan kaedah gondol, baru atau lama, adalah punca kepala air dengan banjir lumpur. Apabila sisa pembalakan ini mengempang aliran, dan runtuh, arusnya meruntuhkan tebing dan tanah runtuh itulah mewujudkan banjir lumpur.

Pihak yang menyebabkan kejadian sepatutnya dikecam, penduduk terbabit harus mengambil peluang yang mungkin anda tidak tahu bahawa garis kemuncak Banjaran Bintang merupakan jalur emas 1 di Semenanjung.

Agak menghairankan apabila pada ketinggian 1,000 meter dari paras laut menjadi tempat tanam Musang King? Rekod yang tidak pernah dibuat di negeri lain, tempat tadahan air pula tu..


Like it? Share with your friends!

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

...

error: Content is protected !!