Rasa takut, bimbang menyebabkan seseorang akan membandingkan kelebihannya dengan pihak lain.

Itulah yang berlaku kepada netizen Israel yang takut-takut dengan netizen Malaysia. Dia memperlekehkan Malaysia menyebabkan tanda pagar #IsraelKoyak kembali sohor di Twitter.

Seorang pengguna Twitter Israel memperlekehkan Malaysia di Olimpik Tokyo 2020 setelah negara itu berjaya memperolehi pingat pertama di Sukan Olimpik. Membandingkan Malaysia tidak memperolehi pingat walaupun baru sehari temasya sukan itu bermula.

Pengguna Twitter dengan nama Arsen Ostrovsky membuat tanda soal di mana kedudukan pasukan Malaysia dalam carta pungutan pingat di Olimpik Tokyo.

“Oh hi Malaysia, selepas hari pertama Olimpik Tokyo 2020 tengok siapa ke hadapan? Tahniah pasukan Israel,” tulis Arsen Ostrovsky di laman Twitternya sambil berkongsi kedudukan terkini carta.

Hari ini Israel memperolehi pingat pertama menerusi atlet Teakwando, Avishaq berjaya memperolehi pingat gangsa dan menduduki ke-16 selepas hari kedua kejohanan.

Tanpa menunggu lama, netizen Malaysia mula bertindak balas dengan tanda pagar #IsraelKoyak. Rata-rata netizen Malaysia mula mengecam individu terbabit dengan menyatakan ketidakpuasan hati berkenaan tindakannya.

“Tweet seperti ini ternyata membuktikan #Israelkoyak memang takut takut terhadap Malaysia, mereka membandingkan kita dengan pelbagai perkara,” jelas @real_ffy.

“Sekurang-kurangnya kami tidak membunuh orang awam dan kami tidak merampas tanah orang. Kamu pun tidak pernah huni carta pertama, oh lupa kamu bukan negara,” ciap @wannfi.

Netizen juga membandingkan keputusan akhir Sukan Olimpik Rio 2016 di mana Malaysia berada di tempat ke-60 manakala Israel di tempat ke-77.

Sebelum ini, tanda pagar #Israelkoyak trending sehingga mendapat perhatian media Israel dan disenaraikan di Urban Dictionary. Kumpulan hacker Malaysia juga berjaya menggodam sistem pengkalan data Israel.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *