Kasut MB Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menjadi perhatian kerana dikatakan bernilai RM40,000.

Warganet mempertikaikan kemampuan MB itu kerana berkemampuan memiliki kasut yang berharga puluhan ribu sedangkan beliau baru sahaja menggalas jawatan itu beberapa bulan lalu.

Datuk Onn Hafiz sebaliknya mengeluarkan kenyataan, kasut itu merupakan kurniaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kepada beliau.

Perkara tersebut juga mendapat perhatian Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) kerana ia menjadi topik utama terutamanya akhbar-akhbar bukan Melayu.

“Benda macam ini pun jadi isu? Dato’ (Datuk) saya cadangkan lepas ni Dato’ pakai selipar sahaja. Baru semalam saya terfikir nak hadiahkan jam tangan pada Dato’ dan beberapa pegawai kerajaan.

“Dato’, nasihat saya jalankan tugas untuk negeri Johor. Jangan melayan sangat apa orang nak cakap. Yang penting buat kerja,” titah TMJ.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here