Penceramah Ustaz Azhar Idrus menolak pandangan segelintir pihak yang menolak gerakan naikkan bendera putih bagi golongan yang memerlukan bantuan.
Harus Sabagai Isyarat – Ustaz Azhar Idrus
Menurut pandangan Ustaz Azhar Idrus, menaikkan tanda seperti bendera putih bagi mereka yang berada dalam kesempitan adalah harus.
“Meletak tanda atau isyarat, kita perlu bantuan, itu boleh. Dengan tanda itu orang tahu kita perlukan bantuan. Itu harus,” kata Ustaz Azhir Idrus menjawab pertanyaan bekas Ketua Pemuda Pas Terengganu, Kamaruzaman Abdullah.
“Dengan syarat tanda yang kita letak itu, bukan bertentangan dengan agama. Bila kita letak bendera putih, supaya orang faham kita memerlukan bantuan. Itu harus,” tambahnya.
Namun begitu, beliau berkata adalah haram bagi mereka yang menaikan bendera putih sedangkan dia berkemampuan dan hanya inginkan barangan secara percuma.
“Letak bendera, apa tujuan kita. Untuk nyatakan sesuatu, boleh. Ambil kesempatan, dia akan dapat api neraka. Dia tidak susah, tetapi dia angkat bendera untuk dapat makanan, dia sedang minta api neraka,” kata beliau.
Tidak Bersetuju
Sebelum ini beberapa pemimpin PAS tidak bersetuju dengan usaha itu. Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menolaknya, beliau meminta mereka yang dalam kesempitan menadah tangan memohon doa kepada Allah SWT.
Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar pula berpendapat bahawa rakyat tidak sepatutnya diajar mengalah dan mengangkat bendera. Beliau berkata bahawa ada cara lain yang lebih baik dan menjaga maruah untuk orang ramai meminta bantuan.
Manakala Mokhtar Senik, AJK Pas Pusat pula menyifatkan kempen itu “seolah-olah kelihatan benar, tetapi tujuannya batil” kerana bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.
Menteri Besar Kedah pula berpendapat ia adalah “propaganda politik” terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana ia mencerminkan kerajaan gagal sedangkan kerajaan telah menanganinya dengan baik.
Sebelum ini Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor membuat permohonan maaf kerana tidak bersetuju dengan usaha itu sebelumnya.
Beliau telah memberi penjelasan tidak menghalang mereka yang memerlukan memohon bantuan ketika dalam kesempitan.
Sebelum itu, belaiu yang tidak bersetuju kerana dibimbangi ia boleh menggugat akidah seseorang muslim, jika berputus asa dan tidak bersabar terhadap ujian daripada Allah SWT.
0 Comments