Profil Datuk Rohana Rozhan

2 min


Rohana RozhanTiba-tiba nama Datuk Rohana Rozhan menjadi sebutan susulan pendedahan mengejutkan yang dibuat Tim Leissner, bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc dalam perbicaraan kes 1MDB di Amerika Syarikat.

Leissner yang merupakan saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan terhadap bekas jurubank Malaysia Roger Ng mendedahkan yang dia pernah menghadiahkan sebuah rumah di London bernilai AS$10 juta kira-kira RM42 juta kepada Rohana menggunakan duit yang diseleweng dari 1MDB.

Rohana RozhanRohana merupakan kekasih Leissner sejak 2003 hingga hubungan mereka terputus pada 2013 sebelum Leissner membuat keputusan untuk bersama isterinya, Kimora Lee Simmons.

Rumah tersebut merupakan ‘hadiah perpisahan’ kerana Leissner mendakwa Rohana mengancam mendedahkan penglibatannya dalam 1MDB.

Profil Rohana Rozhan

Tidak dinafikan Rohana Rozhan merupakan wanita korporat yang begitu berjaya di Malaysia terutamanya ketika menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd.

Rohana RozhanBeliau dilahirkan pada 1970 merupakan anak kepada Tan Sri Rozhan Kuntom. Ayahnya merupakan tokoh perkhidmatan awam yang pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Rohana RozhanRohana berusia 52 tahun juga merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak.

Berikut maklumat profil Rohana Rozhan yang berjaya dikumpul:

  • Merupakan lulusan Harvard Business School dan University of Kent.
  • Menyertai Astro sejak penubuhan syarikat itu sejak 1996.
  • Berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan Setiausaha Astro All Asia Networks Plc yang memainkan peranan penting dalam penyenaraian AAAN di Papan Utama dalam Bursa Malaysia pada 2003.
  • Berjaya menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Astro pada 2006.
  • Menjadi Pengarah Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad sejak Mac 2011.
  • Berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Malaysia Airlines System Bhd dari 9 Ogos 2011 hingga 7 Ogos 2012.
  • Menerima Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat CNBC serta Anugerah Silver Stevie kerana pembabitan dalam bidang pendidikan, alam sekitar dan masyarakat.
  • Menerima Anugerah berprestij Anugerah Golden Gavel pada Ogos 2014 dari TOASMASTERS International.
  • Menganggotai beberapa Lembaga Pengarah termasuk Innovations Media Pte Ltd dan AOL.
  • Dilantik sebagai Profesor Adjung Oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 2017.
  • Menjadi individu pertama dari Asia menerima Anugerah ‘Variety Achievement In International TV’ pada April 2018

Rohana membuat keputusan meletak jawatan sebagai CEO Astro pada 31 Januari 2019 setelah 24 tahun bersama.

Sebagai tambahan Rohana merupakan adik kepada Anuar Rozhan yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi KPISoft Malaysia dan Asia Pasifik. KPISoft Malaysia yang membangunkan applikasi MySejahtera selaku aplikasi pemantauan wabak Covid-19 rasmi negara ini.

Berita terkini semalam menyatakan Rohana Rozhan terpaksa berhadapan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama lapan jam kerana akan didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (Amla) 2001.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

...

error: Content is protected !!