Sebelum ini kita ketahui gaji ADUN-Ahli Dewan Undangan Negeri, kali ini kita ketahui gaji Duta Khas yang diperolehi oleh mereka yang dianugerahkan jawatan itu.
Ketika ini terdapat 3 orang yang dilantik sebagai Duta Khas Kepada Perdana Menteri bertaraf Menteri.
Mereka Yang Dilantik Duta Khas
- Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah pada 2 April 2020.
- Dato Seri Tiong King Sing yang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke China pada 20 April 2020.
- Dato Seri Richard Riot Jaem yang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur pada 16 Mei 2020.
Jadi sebagai rakyat dan pembayar cukai, kita ingin mengetahui tentang elaun, gaji, emolumen yang diterima mereka setiap bulan.
Jawapan yang dikemukakan Kementerian Kewangan;
“Duta Khas diberikan saraan bersesuaian dengan kelayakan, tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Amalan ini sama seperti mana pelantikan Duta Khas semasa di bawah pentadbiran terdahulu.”
Kementerian Kewangan tidak memberikan jawapan yang jelas. Cuma bersandarkan kepada amalan terdahulu.
Namun melalui laporan Malaysia Dateline, kita dapat mengetahui gaji yang diberikan kepada Duta Khas sebelum ini berdasarkan kepada:
“CMD 25/2017 – Senarai Perjawatan Di Kementerian-Kementerian Dan Jabatan-Jabatan Dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan, 2018 Jilid 1” yang dibentang pada 27 Oktober 2017.
Gaji Duta Khas Terdahulu
Pada ketika itu jawatan Duta Khas dianugerahkan kepada Presiden MIC Samy Vellu sebagai Duta Khas Ke India Dan Asia Selatan Dalam Bidang Infrastruktur. Gaji yang diberikan adalah sebanyak RM27,227.20 sebulan.
Jadi mereka yang dilantik sebagai Duta Khas ketika ini boleh dianggar menerima gaji RM27,227.20 sebulan.
Apabila dilantik sebagai Duta Khas bertaraf Menteri, mereka akan diberi keistimewaan pejabat dengan empat pegawai seperti berikut;
- Setiausaha Sulit Kanan (Gaji Gred 54)
- Pegawai Khas (Gaji Gred 52)
- Setiausaha Sulit (Gaji Gred 41)
- Pembantu Khas (Gaji Gred 19)
Tentunya dengan pejabat dan empat pegawai, peruntukan yang terpaksa dikeluarkan adalah puluhan ribu sebulan!!
0 Comments