Kerajaan Tak Perlu Bayar Pampasan Laksana Moratorium Automatik – Peguam

1 min


Moratorium AutomatikApakah yang akan berlaku sekiranya moratorium automatik dilaksanakan? Adakah kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada pihak bank? Jawapan, sebenarnya tidak.

Oleh itu seorang peguam mendesak Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Kewangan supaya tidak menggunakan hujah palsu untuk mengelirukan rakyat sekiranya moratorium automatik dilaksanakan.

Menurut Haniff Khatri Abdulla, cadangan moratorium pinjaman antara bank dengan pelanggan tidak terpakai mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 5 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Ini kerana akta iitu terpakai sekiranya sumber itu diambil alih untuk kegunaan kerajaan seperti mengambil alih premis, tenaga kerja dan aset pihak swasta untuk memerangi Covid-19.

Menurutnya, moratorium automatik bukannya mengambil alih perjanjian pinjaman tetapi menagguhkan pinjaman. Jadi kerajaan tidak tertakluk kepada peruntukan Seksyen 4 dan Seksyen 5 bahawa kerajaan perlu bayar pampasan.

“Jangan kelirukan rakyat, jangan bagi kenyataan palsu berkaitan akta berkenaan,” katanya.

“Beliau tak boleh kata moratorium itu adalah satu fasiliti yang diambil oleh kerajaan daripada bank. Itu tidak benar.”

Beliau memberi perumpaan berkaitan pampasan Seksyen 4 dan Seksyen 5 Ordinan Darurat.

“Adakah kerajaan perlu beri pampasan kepada rakyat yang hilang pekerjaan kerana tidak boleh bergerak dan mencari rezeki? Sudah tentu tidak… Itu yang dia kena faham.”

Menteri Kewangan sebelum ini berkata, walaupun Ordinan Darurat telah memberikan kuasa kepada kerajaan untuk memaksa bank mengenakan moratorium, ia juga menetapkan bahawa kerajaan perlu membayar balik kos pampasan kepada institusi perbankan sekiranya bertekad mahu moratorium pukal dilaksanakan.

Haniff mendesak supaya Zafrul “menutup mulut” dalam menyentuh mengenai perundangan dan meminta Menteri Kewangan PN itu mendapatkan nasihat Pejabat Peguam Negara terhadap sebarang kemusykilan.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

...

error: Content is protected !!