Kerajaan sahkan cabutan khas nombor ekor 22 kali setahun

1 min


Kerajaan hari mengesahkan mereka memberi kebenaran untuk meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan menjadi 22 kali sepanjang tahun ini.

Hal itu dinyatakan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat hari ini.

“Untuk maklumah ahli Dewan (Rakyat), Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan daripada semua agensi nombor ramalan untuk cabutan khas sebanyak 22 kali bagi tahun 2021,” katanya.

Tengku Zafrul memberitahu hal itu sebagai menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar.

Terdahulu Mahfuz meminta Tengku Zafrul menyatakan berapakah jumlah cabutan khas nombor ramalan yang dibenarkan kerajaan sepanjang tahun ini.

Untuk rekod sebelum ini kerajaan Pakatan Harapan (PH) menurunkan kekerapan cabutan khas oleh syarikat perjudian itu menjadi hanya lapan kali setahun.

Bagaimanapun ia kembali menjadi 22 kali selepas kerajaan baru dibentuk pada akhir Feb tahun lalu.

Ia tidak termasuk caburan biasa yang diadakan beberapa kali setiap minggu. – Malaysiakini


Like it? Share with your friends!

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

...

error: Content is protected !!