Kepercayaan Aneh Jual Nasi Boleh Jadi Gila, Meninggal Secara Misteri

1 min


jual nasi
– Boombastis

Sekiranya anda berkunjung ke Desa Penimbunan, Jawa tengah, jangan cuba-cuba mencari gerai menjual nasi. Ini kerana desa ini mempunyai satu kepercayaan aneh, iaitu melarang penduduknya menjual nasi.

Kepercayaan Turun-temurun

Mereka mempercayai kebenarannya kerana kepercayaan ini telah dipegang turun-temurun oleh penduduk desa ini. Sekiranya pantang larang itu tidak dipatuhi, mereka akan ditimpa musibah. Malah tidak ada yang berani melanggarnya kerana sesuatu yang buruk boleh berlaku.

Menurut kepercayaan, kisahnya bermula pada zaman dahulu di mana terdapat seorang yang bermusafir singgah di desa. Akibat kelaparan dia meminta nasi daripada penduduk. Dari satu rumah ke satu rumah dia minta diberikan nasi, malangnya tidak ada seorang pun yang memberikan nasi kepadanya.

Ini kerana Desa Penimbunan pada ketika itu dilanda krisis kebuluran sehingga mereka tidak mahu memberikannya.

Akibat terlalu marah dengan sifat mereka, si musafir itu bersumpah bahawa penduduk-penduduk dilarang menjual nasi termasuk keturunan mereka juga dilarang berbuat demikian. Mereka yang berdegil akan ditimpa musibah.

Penduduk Desa Penimbunan percaya dengan sumpahan itu, mereka akan terkena gangguan mental secara tiba-tiba atau lebih parah boleh meninggal dunia dalam keadaan misteri.

Menurut Saijan, Ketua Kampung Desa Penimbunan, dia secara pastinya tidak mengetahui asal usul cerita ini namun pernah berlaku penduduk melanggar pantang-larang itu, tiba-tiba dia menjadi gila dan akhirnya meninggal dunia.

Penduduk desa ini ada yang membuka gerai makan tetapi tidak ada yang menjual nasi.

Nasi Percuma

Saijan juga berkata, walaupun dilarang menjual nasi, mereka boleh menjual makanan lain berasaskan nasi seperti lontong dan ketupat. Sekiranya ada orang luar yang mengunjungi gerai mereka, penduduk wajib memberikan nasi secara percuma.

Selain Desa Penimbun terdapat beberapa lagi kampung yang dilarang menjual nasi iaitu Desa Sinaresmi, Desa Slangit, Desa Tlogopucang dan Desa Bakaran Wetan. Sebab musabab pantang larang tidak boleh menjual nasi berbeza antara satu sama lain.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

.