Kenapa Eiderdown Menjadi Bulu Termahal Dunia

2 min


Eiderdown
Foto – Architectural Digest

Berapakah harga yang anda sanggup bayar untuk sehelai selimut? Bagaimana sekiranya selimut itu berharga sehingga RM21,000. Namun itulah harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan sehelai selimut Eiderdown.

Selimut dengan bulu Eiderdown. Bulu itik kutub Eider yang menjadi bulu paling mahal di dunia.

Apabila tiba musim panas sekitar 400 pemburu berlumba mencari bulu paling mahal di dunia itu dengan menjelajah pulau kecil yang terpencil di Teluk Breizafjorzur, Iceland.

Bulu yang disifatkan sebagai ‘harta karun’ dan paling berharga di dunia.

Menurut Metro Online, Odditty Central yang memetik laporan AFP menyatakan bahawa aktiviti memburu bulu berkenaan diadakan hampir setiap tahun sejak ribuan tahun lalu.

Bulu berkenaan menjadi begitu berharga adalah kerana salah satu serat semula jadi yang paling hangat sejak sekian lama. Oleh itu amat sesuai digunakan untuk membuat selimut yang terbaik.

Pemburu akan menjual satu kilogram Eiderdown dengan harga ribuan dolar. Tentunya dengan harga yang sedemikian ia hanya digunakan untuk membuat produk mewah.

Pada musim pembiakan, itik Eider akan mengeluarkan ‘aset’ berharga itu dari badannya. Aset itu digunakan sebagai lapisan perlindungan sarangnya yang berfungsi sebagai penebat semula jadi ketika ia menetaskan telur.

Sarang inilah yang diburu semasa perburuan tahunan Eiderdown.

“Apabila kita melihat telur, kita hanya mengambil bahagian bawah, dan ketika Eider sudah keluar dari sarang, kita mengambil semuanya,” kata Erla Fridriksdottir, ketua King Eider, salah satu pengeksport utama bulu berkenaan kepada AFP.

Eiderdown bukan saja ringan tetapi berfungsi sebagai penebat terbaik, namun amat sukar diperolehi. Ini menjadikan hasil tahunan keseluruhannya adalah kurang dari empat tan, dengan suku daripadanya dari Iceland.

Pemburu Eiderdown, secara purata, perlu mendapatkan kira-kira 60 sarang untuk mengumpulkan satu kilogram bulu berkenaan. Bulu Eider yang dijual harus melalui pemeriksaan kualiti yang ketat dan secara langsung akan mempengaruhi harganya.

Oleh sebab kesukaran untuk mendapatkannya, ia menjadi produk mewah menyababkan hanya sebilangan kecil yang mampu mendapatkan produk diperbuat daripada Eiderdown.

Eiderdown
Foto – Architectural Digest

Bayangkan selimut yang dibuat daripada 800 gram bulu boleh mencecah harga lebih dari AS$5,000 (RM21,124). Hanya mereka yang benar-benar mampu dapat berselimut dengannya.

Suasana tempat kita, selimut Shopee ini sedap dah!! 


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

...

error: Content is protected !!