Fady QaddouraWarganegara Amerika Syarikat, Fady Qaddoura menempa sejarah tersendiri apabila menjadi muslim pertama dilantik menjadi Senator di negeri Indiana.

Calon Demokrat berketurunan Palestin itu menjadi muslim pertama menduduki kerusi perudangan di negeri itu dan menjadi muslim ketiga yang menang dalam pilihan raya 2020.

“Kita berjaya! Hanya di Amerika seseorang yang berhijrah ke negara ini, bekerja keras, dan mendapat kepercayaan puluhan ribu pemilih untuk menjadi muslim pertama menjadi Senator Negara dalam sejarah Indiana. Saya akan bekerja keras setiap hari untuk mewakili semua Hoosiers – termasuk mereka yang tidak memilih saya,” tulis  Qaddoura di Facebook

Dia menambah, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada lawan saya, Senator Ruckelshaus, atas layanannya di daerah kami selama empat tahun terakhir ini.”

“Negeri kita menghadapi cabaran besar pada tahun mendatang, dan saya berharap dapat bekerjasama dengan Senator dari kedua belah pihak untuk menghadapi saat ini,” katanya lagi.

Fady QaddouraDia berjaya mengalahkan lawannya ‘geng’ Donald Trump calon Republikan, John Ruckelchaus dengan kelebihan 52.5 peratus undi berbanding Ruklchaus yang mendapat 47.5 peratus undi.

Qaddoura merupakan warga keturunan Arab Palestin yang lahir pada 26 September 1980 di Tebih Barat. Dia kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat 19 tahun lalu kerana melanjutkan pelajaran dalam bidang sains komputer.

Pada 2005, dia melanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjana bidang sains komputer di University of New Orleans di Louisiana.

Pernah pada waktu itu rumah kediamannnya dibadai taufan katrina menyebabkan dia, isteri dan anaknya berumur 3 minggu kehilangan tempat tinggal.

Dia telah mendapat bantuan daripada sukarelawan, NGO dan agensi kerajaan. Oleh itu dia juga memutuskan untuk menceburkan diri dalam bidang kemanusiaan dengan menawarkan perkhidmatan kepada awam.

“Saya terpesona dengan idea membalas budi dan menolong kemanusiaan. Pada tahun 2005, saya memutuskan untuk mendedikasikan hidup saya untuk perkhidmatan awam,” katanya dipetik media.

Fady Qaddoura telah memperoleh ijazah sarjana muda dan sarjana dalam sains komputer di University of New Orleans. Juga sebagai pemegang ijazah sarjana dalam pentadbiran awam dan pengurusan (non-profit) dan memiliki gelaran doktor falsafah PhD dalam filantropi dan dasar awam dari Indiana University – Purdue University Indianapolis.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *