Kenyataan rasmi Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu, Datuk Isa @ Ghazali Endut pada hari Ahad menyatakan 10 orang penerima anugerah Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) yang membawa gelaran Datuk.
Penerima Anugerah Gelaran Datuk
Senarai 10 penerima yang terdiri daripada 5 doktor iaitu;
- Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus
- Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Kasemani Embong
- Pakar Perunding Perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr Ahmad Kashfi Abd Rahman
- Pakar Perunding Anesthesiologi & Intersivist HSNZ, Dr Mohd Ridhwan Mohd Noor
- Ketua Penolong Pengarah Kanan (Primer)/ Ketua Bilik CPRC Covid-19, Dr Hasnan Arwit @ Hassan
- Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan, Azri Sani Mazlan
- Pengerusi Eksekutif Hours Entertrade (M) Sdn Bhd, Md Nor Ismail
- Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Mohamad Zahari Harun
- Pengarah Urusan Arup Jururunding Sdn Bhd, Ir Wan Anuar Wn Endut
- Pelumba basikal negara, Mohd Azizulhasni Awang
Penerima tunggal Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih (S.S.M.Z.) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu;
- Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Hargai Doktor
Empat lagi doktor menerima Darjah Kebesaran Seri Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (S.M.T) iaitu;
- Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan), Dr Saifur Rahman Muhammad
- Pakar Patologi HSNZ, Dr Fatimah Haslina Abdullah
- Ketua Penolong Kanan Primer/Ketua Bilik CPRC, Dr Azmani Wahab
- Pengarah Hospital Hulu Terengganu, Dr Mohamad Yurzi Mat Rani @ Ghani
Tarikh untuk Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Tahun 2021 akan ditetapkan kemudian.
“Sehubungan itu, Tuanku Sultan menzahirkan ucapan tahniah atas penganugerahan ini,” katanya.
Kebiasaannya orang politik akan mendahului senarai. Namun, menurut senarai di atas, tidak ada dalam kalangan orang politik yang menerima gelaran datuk kali ini.
0 Comments