Melalui pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan meneruskan pemberian Bantuan Tunai Rahmah (STR) dan Bantuan Keperluan Rahmah (Sara) untuk tahun 2025. Pada 2025 sejumlah RM13 bilion diperuntukkan berbanding RM10 bilion untuk tahun 2024.
Seramai 5.4 juta penerima STR kategori isi rumah dan warga emas akan menerima Sara sehingga RM100 sebulan. Peruntukan itu akan diagihkan melalui MyKAD bermula April 2025.
Jumlah maksimum yang diterima oleh isi rumah meningkat kepada RM4,600.
Isi rumah pendapatan RM2,500 ke bawah
Anak 0 – RM1,900
Anak 1-2 –RM2,400
Anak 3-4 – RM2,900
Anak 5 dan ke atas – RM3,400
Sebanyak 3.1 juta isi rumah kategori pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah dijangka akan menerima bantuan STR dan Sara maksimum RM3,400. Penerima akan menerima bantuan bergantung bilangan anak dalam tanggungan.
Isi rumah pendapatan RM2,501-RM5,000
Anak 0 – RM1,400
Anak 1-2 –RM1,650
Anak 3-4 – RM1,900
Anak 5 dan ke atas – RM2,100
Terdapat satu juta isi rumah dengan pendapatan RM2,501-RM5,000. Untuk kategori ini, STR dan Sara maksimum yang boleh diterima mereka adalah RM2,150.
Warga emas pendapatan RM5,000 ke bawah
Warga Emas 60 dan ke atas – RM1,050
Seramai 1.3 juta warga emas bujang dengan pendapatan bulanan RM5,000 ke bawah mempunyai siling jumlah STR dan Sara sebanyak RM1,050,
Bujang pendapatan RM2,500 ke bawah
Bujang 21-59 tahun – RM600
manakala 3.4 juta penerima kategori bujang berumur 21-59 tahun dengan pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah layak menerima bantuan RM600.
Tambahan Miskin & Miskin tegar
Tambahan – RM1,200
Selain itu, mereka yang rakyat dalam kategori miskin dan miskin tegar boleh menerima bantuan tambahan RM1,200 setahun, yang terpakai untuk semua kategori di atas.
Peruntukan besar iaitu RM13 bilion ini memberi manfaat kepada sembilan juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara. Pada 2005 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima Sara sebanyak RM100 sebulan, berbanding 700,000 penerima tahun 2024.
Kerajaan juga sedang mengambil langkah untuk menambah baik pengurusan pengagihan, menangani ketidakcekapan dan mengelakkan ketirisan.
Sebagaimana sedia maklum, Bantuan Tunai Rahmah (STR) dan Bantuan Keperluan Rahmah (Sara) adalah inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan dengan memberikan bantuan kewangan secara langsung. Program ini menyasarkan individu atau keluarga yang menghadapi kesulitan ekonomi.
Bantuan ini mungkin merangkumi pelbagai kategori, seperti bantuan untuk isi rumah, golongan berpendapatan rendah, warga emas termasuk juga golongan bujang.
0 Comments