Sebagaimana yang semua sedia maklum, Kaabah merupakan arah kiblat solat bagi setiap umat Islam. Bagaimana pula dengan kiblat doa?

Apabila kita berdoa, ke arah manakah kita hendak halakan telapak kedua-dua tangan kita. Ke muka? Merujuk kepada video Ustaz Wadi Anuar kiblat doa itu adalah langit.

Kedua-dua telapak tangan hendaklah dihadapkan ke langit kerana langit itu adalah kiblat doa. Tapak tangan dibuka dan bersungguh-sungguh semasa berdoa.

Allah SWT suka kepada orang yang merendah diri, berdoa secara betul, bukakan tangan, tundukkan kepala dan mohonlah kepada Allah SWT apa yang dihajatkan.

Jangan berdoa sambil lewa seperti yang ditunjukkan Ustaz Wadi Anuar  di atas.

Melalui rujukan kenapa berdoa ke langit? Adakah Allah SWT itu bertempat, berada di langit? Bukan begitu maksudnya, kerana Allah SWT itu di mana-mana.

Berdoa ke langit kerana perbendaharaan Allah SWT itu berada di langit sebagai ayat 22 Surah al-Zariyyaat yang bermaksud;

“Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.”

Oleh itu mengangkat tangan ke arah langit ketika berdoa bermaksud orang yang meminta mengarahkan permintaannya kepada perbendaharaan penguasa iaitu Allah SWT dan memohon agar penguasa memberikannya satu pemberian daripada perbendaharaan tersebut.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *