Jawatan Ketua Pembangkang telah diberi kedudukan setaraf menteri dengan menikmati gaji, elaun serta pelbagai kemudahan.

Menurut Anwar, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri telah menyatakan bahawa gaji, elaun serta kemudahan lain yang akan diterima ketua pembangkang.

  • RM14,907.20 gaji bulanan
  • RM12,320 sebulan untuk elaun keraian
  • RM1,500 sebulan untuk bayaran khas
  • RM4,000 sebulan untuk elaun rumah
  • RM833 sebulan untuk elaun selenggara rumah
  • RM6,000 elaun pakaian panas (sekali dalam tiga tahun)
  • RM1,500 elaun pakaian upacara rasmi (sekali dalam tiga tahun)
  • RM1,500 elaun bayaran pakaian ‘black tie’ (sekali dalam tiga tahun)
  • Sebuah kereta rasmi serta penggunaan kenderaan peribadi untuk tugas rasmi

Keseluruhan ketua pembangkang yang kini disandang Anwar akan menerima gaji dan elaun bulanan sebanyak RM33,560.20 serta elaun pakaian berjumlah RM9,000 untuk tempoh tiga tahun.

“Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari Perdana Menteri Ismail Sabri Yakob dan kerajaan kerana bersetuju menambahbaik taraf Parlimen dan fungsi Ketua Pembangkang seperti yang selayaknya dalam mana-mana negara demokratik di dunia,” katanya dalam kenyataan.

Namun Anwar berkata antara beberapa kemudahan tidak dapat diterimanya dan akan menyalurkan untuk tabung rakyat miskin.

“Beberapa kemudahan lain yang setaraf menteri tidak dapat saya terima sama sekali. Malah, saya akan menyalurkan dana tersebut untuk tabung rakyat miskin,” katanya.

Perdana Menteri juga bersetuju memberi kemudahan untuk sebuah pejabat bagi Ketua Pembangkang dan beberapa kemudahan lain, termasuk staf bagi membantu urusan kerja dan pejabat.

“Saya juga telah tegaskan pada pihak Parlimen yang menyediakan pejabat saya untuk tidak membuat sebarang pengubahsuaian dan diberi peruntukan tambahan,” kata Anwar dalam satu kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here