Kejutan daripada Juara Dunia lightweight MMA, Khabib Nurmagomedov dengan mengumumkan persaraan selepas menewaskan Justin Gaethje di UFC 254 hujung minggu lalu.
Keputusan itu dibuat oleh Khabib kerana sebelum itu dia telah berjanji dengan ibunya bahawa pertarungannya dengan Justin Gaethje adalah yang terakhir. Juga sebagai pertarungan terakhir selepas kematian ayahnya Abdulmanap yang juga sebagai jurulatih Khabib. Ayah Khabib yang meninggal dunia kerana kerana komplikasi disebabkan COVID-19.
Pengumuman itu mengejutkan peminatnya kerana dia diramal mencatat kemengan 30-0 seperti dikehendaki ayahnya.
Apa yang berpandangan bahawa ada baiknya bersara ketika berada di puncak kegemilangan seperti status juara bertahan UFC dan aksi tanpa kalah 29-0 sepanjang kariernya.
Namun mereka yang rapat dengan Khabib merasakan Khabib akan bertarung lagi. Ini kerana keputusan persaraan Khabib kerana keputusan emosional, kata Javier Mendez, ketua jurulatih Khabib.
Menurut Mendez, dia terkejut dengan keputusan Khabib dan langsung tidak mengetahuinya.
Mendez percaya Khabib akan kembali bertarung. Ini kerana Khabib begitu beremosi selepas kemenangan itu tanpa memikirkan mengenai kariernya.
Presiden UFC Dana White juga percaya bahawa Khabib akan kembali ke Oktagon untuk memenuhi impian ayahnya.
Menurut laporan, sekiranya Khabib melupakan hasrat bersara dan kembali beraksi serta ingin menunaikan hasrat ayahnya, hanya seorang yang layak menjadi penentangnya. Penentang itu adalah Georges St-Pierre (GSP), juara kelas Welterweight dan Middleweight.
Sepanjang kariernya, GSP hanya kalah dua kali dalam 28 perlawanan. Menariknya, dia berjaya membalas dua kekalahan itu dengan kemenangan.
Sebelum ini Khabib mendedahkan dia tidak menutup keinginannya untuk menghadapi GSP.
“Ini adalah pertarungan impian ayah saya,” kata Khabib pada Ogos lalu.
#KhabiibVsGSP