Jadual gaji minimun-maksimum SSPA adalah jadual gaji yang ditetapkan untuk setiap gred perjawatan dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Malaysia. Ia merangkumi kadar upah minimum semua sektor yang ditetapkan kerajaan di mana upah paling rendah adalah RM1500 yang telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2023. Kadar gaji minimun-maksimun SSPA ini pula akan berkuat kuasa 1 Disember 2024.
Melalui kadar gaji SSPA ini, terdapat peningkatan dalam setiap gred gaji berbanding gred gaji SSM. Ia bermula dengan kadar RM1500.00 bagi gred 1 manakala gaji maksimum adalah RM16,350.00 bagi gred 15. Ini akan berlaku selepas pelarasan Fasa 1 dan Fasa 2 bermula 1 Disember 2024 dan 1 Januari 2026.
Kadar kenaikan gaji tahunan (KGT) juga terdapat peningkatan dengan RM100 sehingga RM400 bagi gred 1 hingga 15 berbanding KGT SSM adalah sebanyak RM80.00 bagi yang terendah, manakala RM320.00 bagi gred tertinggi.
Cuma bagi penjawat awam yang hampir mencapai gaji maksimum, menurut pekeliling yang dikeluarkan, KGT mereka akan berkurang pada tahun-tahun terakhir perkhidmatan.
Jadual gaji minimum-maksimum
Jadual di bawah adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan (KGT) bagi kumpulan pelaksana dan kumpulan pengurusan dan profesional yang akan berkuat kuasa 1 Disember ini.
aaaaa
Sebagai perbandingan, jadual gaji di bawah adalah jadual gaji SSM bagi perkhidmatan pendidikan. Contoh gaji guru gred DG48 – gaji minimum-maksimum ialah RM5125.00-RM11640. Apabila memasuki skim SSPA gaji guru gred DG48 (SSPA Gred 12) adalah RM5530.00-RM13,540.00. Kenaikan gaji tahunan masih sama iaitu sebanyak RM270.
Contoh gaji minimum SSM bagi perkhidmatan kemahiran adalah sebanyak RM1218.00 berbanding gaji SSPA sebanyak RM1500.00.
Berikut pula adalah beberapa contoh pelarasan gaji bagi Fasa 1 bermula 1 Disember 2024 dan Fasa 2 bermula 1 Januari 2026.
Begitulah jadual gaji minimun-maksimum SSPA. Manakala skim pencen pula kebanyakkannya adalah kekal seperti biasa seperti SSM. Di sini pula beberapa persoalan tentang pencen SSPA yang perlu diketahui penjawat awam.
0 Comments