Pihak Istana Negara menyiarkan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung dengan sebahagian tulisan bold melalui laman Facebook Istana Negara.
Titah Yang di-Pertuan Agong Jelas
Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah serta Majlis Raja-raja yang menyatakan dengan jelas bahawa sidang Parlimen perlu diadakan segera. Secara jelas dan diberi penekanan oleh pihak Istana sehingga kenyataan ‘Parlimen perlu diadakan secepat mungkin’ ditulis dengan tulisan tebal.
Agaknya supaya dapat memberi pemahaman kepada mereka yang buat-buat tidak faham.
Namun kemudiannya, Titah Yang di-Pertuan Agung dipadam dan dimuatnaik semula tanpa tulisan bold. Menurut pentadbir Istana Negara, ia selepas pembetulan yang dibuat.
Kenapa Terpaksa Ditukar
Ia menimbulkan persoalan kenapa pentadbir terpaksa mengubah style tulisan tersebut. Warganet juga merasa hairan kenapa tulisan itu terpaksa diubah.
Senator Aiman Athirah Sabu juga menimbulkan persoalan, adakah pihak istana ditekan pihak luar sehingga berlaku insiden ketara seperti ini.
Sekiranya berlaku tekanan ke atas pihak Istana, ia amatlah malang!
Mungkin juga pihak Istana Negara sendiri terasa ‘tidak manis’ sekiranya dibold sedemikian lalu membuat pembetulan selepas disiar pentadbir.
Namun ia tetap menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet sehingga mendapat lebih 2000 komentar ketika ini. Rata-rata memberi komen sama ada bold atau tidak, pihak kerajaan wajar menuruti sebagaimana yang dititahkan Yang di-Pertuan Agung.
Komen salah seorang warganet yang menyatakan walaupun tanpa bold maksudnya tetap kekal supaya sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.
Sekiranya masih lagi buat-buat tidak faham, boleh fahamkan lagi…
“Tuan.. tuan dijangkiti Covid-19, tuan ada pelbagai penyakit, kata doktor tuan perlu dirawat secepat mungkin, sekiranya tuan tidak dirawat secapat mungkin, penyakit tuan akan cepat merebak, tuan akan nazak dan cepat mati!!”
Tunggu apa Tuan akan jawab..
0 Comments