Inisiatif Sir Shakib Mendapat Pujian Ramai

1 min


Tular video yang memaparkan berpuluh-puluh warga asing yang beratur tanpa SOP dan penjarakan sosial di luar perkarangan Rumah Prihatin Kuala Lumpur semalam. Susulan itu ada individu yang perihatin membuat inisiatif sendiri.

Ia kerana tiada tindakan daripada pihak berkuasa menangani situasi itu. Situasi yang boleh menyebabkan berlakunya penularan Covid-19 kerana warga asing itu kelihatan tidak menghiraukan penjarakkan sesama mereka.

Oleh itu individu yang dikenali sebagai Sir Shakib menggerakkan pasukannya untuk meletakkan garisan kuning, sekurang-kurangkan supaya mereka yang beratur ‘reti’ perlunya penjarakkan.


Walaupun usaha itu kelihatan ‘kecil’ namun ianya mendapat pujian kerana dapat merealisasikan usaha itu.

“Digemparkan berita tentang orang ‘walk in’ PPV tak jaga SOP. Minta tolong polis tapi polis lebih ‘concern’ motor atas garisan kuning. Jadi tak buang masa, sebab melibatkan nyawa manusia, bos turun padang untuk buat SOP. Kalau atasan tak boleh selesaikan, rakyat boleh selesaikan,” tulis salah seorang pengguna, @omarfaayiz.

Bos dah buat garisan dekat bangunan vaksin untuk penjarakan fizikal. Kalau kerajaan tak boleh buat, rakyat boleh buat. Bangga betul dengan bos. Esok semua boleh jaga SOP.

“Bayangkan eh, tape semua segala benda beli sendiri. Dah tahu nak jadi pusat vaksin tapi tak fikir ‘crowded’ semua. Akhirnya rakyat juga kena buat semua. Ingat eh semua bagaimana rakyat tolong rakyat, jangan lupa,” ciap pengguna yang lain.


Inisiatif yang mendapat pujian ramai itu menyebabkan kata kunci #Sir Shakib trending di media sosial Twitter.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

...

error: Content is protected !!