Kejutan acara lelongan bagi tahun 2021 kerana kereta barai Jaguar XK150 ini berjaya dijual dengan harga $127,552 bersamaan RM526,534.66.
Menurut laman Hagerty, kereta ini antara 11 kereta klasik pilihan dengan nilai tertinggi bagi tahun ini.
Pengeluar kereta Britain, Jaguar mengeluarkan siri Jaguar XK120 selepas perang Dunia Ke-2 di antara tahun 1948 hingga 1954 dan terbukti popular dengan Type-C dan Type-D. Selepas itu mereka mengeluarkan siri Jaguar XK150 pada tahun 1957 hingga 1963, namun tidak mendapat sambutan dengan hanya 3000 pengeluaran.
Manakala model ‘kapel’ Jaguar XK150 siri Drophead ‘S’ ini adalah siri berprestasi tinggi dan amat jarang kerana hanya 50 buah dikeluarkan. Pada lelongan kali ni, ia mampu menarik perhatian walau lumat terbarai sedemikian.
Melalui acara lelongan oleh Bonhams pada 22 Mei lalu, Jaguar ini berjaya dijual dengan harga $127,552 seperti dilapor Bloomberg. Ia adalah enam kali ganda anggaran asal. Mungkin ‘lebih menarik’ kerana ia dalam keadaan asal setelah pemiliknya merempuh sebatang pokok pada September 1996 akibat jalan basah.
Pemilik asal menjelaskan, sejak itu ia tersimpan rapi serta kering dalam garaj dan berada dalam keadaan selamat serta boleh dijadikan projek modifikasi bermanafaat.
Menurut Hagerty Insider, dalam kondisi baik, harga Jaguar XK150 S boleh mencecah $280,000. Walaupun harga berbeza-beza, ia boleh menjadikan projek pemulihan yang memuaskan malah menguntungkan dari segi kewangan.
Namun adalah sukar untuk mengetahui sama ada pelaburan pembeli boleh mendatangkan keuntungan atau sekadar balik modal.
Walaupun belian itu dianggap mahal dengan keadaan kereta sedemikian, John Mayhead, ketua Automotif Intelligence Hagerty UK, mempunyai teori.
“Cerita itu kadang-kadang mungkin mendorong pembeli untuk membayar lebih banyak,” kata Mayhead kepada Bloomberg.
“Memiliki kereta seperti ini adalah mengenai meneruskan cerita itu, dan anda ingin menjadi sebahagian daripadanya.”
Melihat kepada kereta Jaguar XK150 S yang kondisi ‘cun’ seperti yang dijual classicdriver.com, dengan tanda harga seperti di bawah.
Adakah berbaloi bagi pembeli atau tak balik modal. Mungkin benar kata Mayhead kerana teruja ingin menjadi sebahagian dari cerita.
0 Comments