Ibu, Anak Perempuan Bergelang Merah Jambu Maut Terjun Bangunan

1 min



Seorang wanita warga India dan anak perempuannya yang berusia lima tahun ditemui mati di kawasan luar sebuah bangunan di Taman Tenaga, Salak Selatan, pada Sabtu.Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Annas Sulaiman, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6 petang.Mangsa yang berusia 38 tahun dipercayai terjun dari bangunan.

“Kedua-dua mangsa memakai gelang berwarna merah jambu dan siasatan menunjukkan bahawa suami wanita itu menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Maeps, Serdang setelah didapati positif Covid-19,” katanya.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan tidak ada unsur jenayah, katanya.

“Kami masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini,” kata Annas.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

...

error: Content is protected !!