i-Lestari – Permohonan Pengeluaran Akaun 2 KWSP

1 min


i-LestariInisiatif pengeluaran i-Lestari.

Pencarum-pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk membuat pengeluaran dari Akaun 2 masing-masing.

Inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat-i-Lestari yang diumumkan pihak kerajaan ini bertujuan membantu meringankan beban orang ramai khususnya pencarum KWSP akibat wabak pendemik Covid-19.

Pencarum KWSP boleh membuat pengeluaran boleh mula dilakukan pada 1 April 2020. Ia tertakluk kepada kadar maksimun RM500 sebulan bagi pencarum di bawah usia 55 tahun. Mereka yang layak dibenarkan membuat pengeluaran selama 12 bulan.

Inisiatif ini akan membabitkan kira-kira 12 juta ahli KWSP. Jumlah dana yang diperuntukkan oleh KWSP adalah sebanyak RM40 billion.

Pengeluaran ini akan dapat membantu golongan pekerja mempunyai lebihan wang. Ini bagi menampung seperti barang-barang keperluan harian, bayaran bil atau sewa rumah akibat kesukaran ketika ini.

Pilihan Mencarum 7 @ 11 Peratus

Pihak kerajaan juga mengumumkan pada 27 Februari lalu Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang akan menurunkan kadar caruman KWSP kepada tujuh peratus berbanding 11 peratus ketika ini.

Kadar caruman baharu bermula 1 April 2020 dan akan berakhir hujung tahun ini. Ia melibatkan pencarum berumur 59 tahun dan ke bawah. Bagi pencarum yang berumur 60 tahun dan ke atas kadar caruman adalah tidak berubah.

Walau bagaimanapun pencarum diberi pilihan untuk mengekalkan kadar caruman pada kadar 11 peratus atau memilih kadar baharu.

Cara Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP

Menurut laman KWSP, pencamun boleh mengemukakan permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 seperti yang dinyatakan di atas iaitu bermula 1 April 2020. Pencarum akan memperolehi wang pengeluaran melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020.

Pihak KWSP juga menyediakan email khas untuk sebarang pertanyaan berkaitan pengeluaran i-Lestari dengan menghubungi KWSP melalui ilestari@epf.gov.my.

Segala pertanyaan dan maklum balas juga akan dikemaskini melalui soalan lazim (FAQ) sedia ada.

Semoga kemudahan pengeluaran i-Lestari akan memberikan kelegaan dari segi kewangan kepada ahli yang terjejas.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

.