Honda HR-V 2022 terima tempahan lebih 20,000 unit

2 min


Honda Malaysia hari ini melancarkan model HR-V Serba Baharu yang dijangka mampu menyaingi pesaingnya dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) di negara ini.

HR-V 2022 yang didatangkan dalam empat varian itu dibangunkan menggunakan konsep ‘Amp Up Your Life’ yang telah diperbaharui dan kini hadir dengan penggayaan luar biasa.

Ia termasuk sistem penjanaan kuasa canggih serta ciri inovatif dalam masa yang sama masih mengekalkan ciri praktikal untuk kegunaan harian.

Harga pasaran bagi HR-V Serba Baharu ini bermula pada RM114,800.00 bagi model 1.5L S sehingga RM140,800.00 bagi model 1.5 e:HEV RS.

Ia ditawarkan dalam lima warna iaitu merah, kelabu metalik, putih Mutiara, perak dan hitam.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Hironobu Yoshimura, model HR-V itu direka untuk sentiasa berada selangkah di hadapan.

“Popularitinnya tidak dapat disangkal dan ia masih dikekalkan untuk model terbaharu ini. Sejak ia dibuka untuk tempahan, HR-V terbaharu ini telah mendapat sambutan positif daripada orang ramai.

“Saya berbesar hati untuk memaklumkan bahawa HR-V Serba Baharu telah menerima lebih 20,000 tempahan setakat ini,” katanya kepada media hari ini.

Bagaimanapun katanya tempoh menunggu bagi setiap pembelian model HR-V tersebut mencecah sehingga 12 bulan bergantung kepada ketersediaan varian yang ada.

“Selain itu, lanjutan tempoh bagi pengecualian cukai jalan oleh kerajaan Malaysia juga telah melonjakkan lagi jualan kenderaan Honda. Bagi pihak Honda Malaysia saya ingin berterima kasih terhadap usaha berkenaan yang bertujuan untuk menyokong industry automotive di sepanjang tempoh pandemik,” katanya.

Melihat kepada rekaan luar HR-V Serba Baharu ini, ia telah menerima sentuhan menyeluruh untuk tampil lebih bergaya dan premium berbanding model terdahulu.

Wajah depannya didominasi oleh rekaan baharu dengan Sporty Grill Hadapan, sementara rekaan belakang kenderaan dihiasi jalur lampu LED.

HR-V Serba Baharu ini meletakkan tanda aras yang lebih tinggi bagi segmen SUV kompak dengan pengenalan tiga pilihan sistem janaan kuasa sebagai pilihan kepada pelanggan mengikut gaya dan keperluan yang diperlukan.

Buat pertama kalinya Honda HR-V memperkenalkan ketiga-tiganya iaitu City, City Hatchback dan teknologi e:HEV telah menerima sambutan yang menggalakkan di pasaran ketika ini.

Ia juga akan dilanjutkan kepada HR-V RS Serba Baharu untuk memenuhi keperluan pelanggan yang mementingkan kecekapan janaan hibird dalam sebuah SUV kompak.

Selain itu, sistem 1.5L e:HEV dengan 2-motor memberikan 131PS kuasa dan 253Nm tork.

Sistem hibrid 2-motor Honda yang unik menyelaras antara tiga mod pemanduan iaitu Pacuan EV, Pacuan Hibrid dan Pacuan Enjin yang akan bertukar mengikut situasi pemanduan oleh pengguna.

Bagi pelanggan yang inginkan pengalaman pemanduan berprestasi dan mengujakan, mereka mempunyai pilihan enjin 1.5L VTEC Turbo (Varian V & E).

Sementera itu ruang dalaman HR-V Serba Baharu ini pula direka untuk memberikan keselesaan dengan gaya moden dan stylish.

Tidak ketinggalan ialah ciri Honda CONNECT yang merupakan satu teknologi terkini yang memanfaatkan Teknologi Telematik Pintar untuk menjamin keselamatan, sekuriti dan kemudahan. – Astro Awani


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

.