Hello World! ELEHH! Kembar EkELEH! Bersua Kembali

1 min


ELEHH @ELEHH.COM bersua kembali dari domain sebelum ini EkELEH.COM. Atas sebab-sebab tertentu pertukaran terpaksa dilakukan.

Mengimbau kembali admin dalam dunia blog bermula dengan paltform blogspot dengan domain ek-ele.blogspot.com sekitar 2008. Selepas beberapa ketika menggunakan domain berbayar ekele.net dan masih lagi menggunakan blogspot.

Selepas blog disekat google sehingga hanya tajuk yang dipaparkan, admin bermula dengan wordpress dengan menggunakan hosting berbayar melalui hostgator dan domain ekeleh.com yang didaftarkan pada 6 Disember 2011.

Kenapa Hostgator? Ini kerana ada seorang kawan yang mengesorkan hosting tersebut dengan ciri-ciri unlimited, USD59 untuk tempoh enam bulan. Selepas beberapa ketika bayaran dinaikan sehingga USD69, sempatlah guna sehingga Disember 2019.

Namecheap juga menjadi pilihan kerana pada ketika itu niai duit kita agak stabil, dengan Namecheap bayaran untuk setahun domain dalam RM30++. Kini agak lebih sedikit kerana nilai wang kita yang agak rendah namun masih setia dengan Namecheap.

Kini admin menggunakan hosting dalam negara Serverfreak namun tidaklah unlimited seperti Hostgator sebelum ini. Cuba untuk kembali dengan hosting Malaysia.

Tentang dunia blog, admin dikira tergolong dalm golongan yang tidak berjaya setelah 10 tahun berkecimpung dalam dunia blog. Mungkin disebabkan bakat menarik dalam dunia penulisan tidak teserlah. Atas sebab sedikit kerajinan mungkin sebab untuk berblog walaupun selalunya malas.

Namun kerana agak minat dengan dunia blog, blog tetap diteruskan dengan domain ELEHH.COM.

Isi-isi yang dipaparkan mungkin hanya akan lebih melibatkan info-info berkaitan infomasi yang akan sentiasa dicari pembaca berbanding berita-berita yang hanya ‘panas’ beberapa ketika sahaja. 

Harapannya semoga usaha ini dapat diteruskan..Inshaallah agar dipermudahkan. 


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

.