![](https://elehh.com/wp-content/uploads/2024/12/Cara_bangkit_dari_sujud-1024x536.jpg)
Mencari dan melaksanakan perbuatan yang terbaik ketika solat adalah wajib. Nabi Muhammad SAW bersabda “Dan solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat. –Riwayat al-Bukhari“.
Namun ada yang melakukan sesuatu perbuatan dalam solat agak berbeza seperti ketika bangkit dari sujud. Ada yang menekan lutut dan ada yang menekan lantai ketika qiam. Ada yang menapak tangan, ada yang menggenggam penumbuk ketika bangkit. Walaupun solat itu tetap sah namun yang terbaik (lebih afdhal) itu amat disarankan. Berikut adalah penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus yang dipetik dari Facebook beliau.
Ketika bangun bari sujud ke rakaat yang lain adakah sunat tangan tekan di lantai?
Ketika bangun dari sujud kepada rakaat yang seterusnya disunatkan bertekan dengan kedua tapak tangan atas bumi yakni lantai.
Berkata Imam Nawawi :
قَدْ ذَكَرْنَا أَنَّ مَذْهَبَنَا أَنَّهُ يُسْتَحَبُّ أَنْ يَقُومَ مُعْتَمِدًا عَلَى يَدَيْهِ وَحَكَى ابْنُ الْمُنْذِرِ هَذَا عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَمَكْحُولٍ وَعُمَرَ ابن عَبْدِ الْعَزِيزِ وَابْنِ أَبِي زَكَرِيَّا وَالْقَاسِمِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَمَالِكٍ وَأَحْمَدَ
Artinya : “Sungguh telah kami sebutkan bahawasanya mazhab kami ialah disunatkan bahawa seorang itu bangun dalam keadaan bertekan atas dua tangannya dan telah menghikayatkan olih Ibnu Al-Munzir akan pendapat ini daripada Ibnu Umar r.a. dan Makhul dan Umar bin Abdul Aziz dan Ibnu Abi Zakaria dan Al-Qasim bin Abdul Rahman dan Malik dan Ahmad.” (Kitab Al-Majmu’)
Berkata Syeikh Khatib Syarbini :
وَكَيْفِيَّةُ الِاعْتِمَادِ أَنْ يَجْعَلَ بَطْنَ رَاحَتَيْهِ ، وَبُطُونَ أَصَابِعِهِ عَلَى الْأَرْضِ
Artinya : “Dan cara bertekan (tangan) itu ialah bahawa menjadikan batin tapak tangannya dan segala perut anak jarinya atas bumi.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)
Cara begini adalah lebih memudahkan kepada orang yang mahu bangun kepada qiam.
Berkata Imam Syafie :
وَلِأَنَّ ذَلِكَ أَبْلَغُ فِي الْخُشُوعِ وَالتَّوَاضُعِ وَأَعْوَنُ لِلْمُصَلِّي وَأَحْرَى أَنْ لَا يَنْقَلِبَ
Artinya : “Dan dari kerana sungguhnya yang demikian itu (bertekan tangan ke lantai) lebih mudah kepada khusyuk dan tawadhu’ dan menolong orang yang sembahyang dan lebih tegap tidak terbalik.” (Kitab Syarah Al-Muhazzab)
Berkata Syeikh Abu Bakar Syatha Ad-Dimyati :
وذلك لأنه أعون على القيام وأشبه بالتواضع
Artinya : “Cara yang demikian lebih membantu kepada berdiri dan lebih tawadhu’.” (Kitab I’anah At-Tolibin)
Wallahua’lam
Sumber :UAI
0 Comments