Sejak kebelakangan ini apa yang menyebabkan usahawan dan selebriti popular, ‘ettention seeker‘ Neelofa menjadi perhatian media?
Tentu tidak lain selain didakwa melanggar SOP COVID-19 yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Mungkin satu penyakit kerana selalu inginkan perhatian, dengan itu nama akan sentiasa disebut terutamanya netizen.
Kontroversi-kontroversi itu juga menyebabkan neziten meminta Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor dipenjara. Sebuah petition #PenjarakanNeelofa telah dilancarkan. Bukan alang-alang juga yang meluat kerana kini 73,000 yang bersetuju supaya Neelofa dipenjara.
Berikut siri langgar SOP COVID-19 oleh Neelofa seperti majlis perkahwinan yang tidak mengikut SOP yang ditetapkan, merentas negeri untuk ke Langkawi, seterusnya ke Nilai 3 untuk membeli karpet dengan hanya mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka.
Ini menyebabkan terbit gurauan “Nilai 3 berada di Selangor” sehingga polis seolah-olah bertindak keras “sbenarnya b*d*” ke atas pengguna sosial seperti dakwaan dibawah:

Pengguna sosial berkenaan akan disiasat oleh pihak polis kerana gurauan berkenaan.
Begitulah Neelofa yang mendatangkan mudharat kepada netizen sehingga memintanya dipenjara.
Netizen juga marah kerana tindakan ke atas kayangan sangat berbeza dengan rakyat biasa.
Seterusnya netizen terus memerhati. Hari ini Neelofa lagi sekali didakwa melanggar SOP. Kali ini netizen mendakwa mereka berempat, Neelofa bersama suami, PU Riz, dan peguam masing-masing menaiki kenderaan secara bersama.
Salam @IsmailSabri60 @KKMPutrajaya @MKNJPM dan @PDRMsia. Adakah SOP dalam kereta hanya boleh 3 orang untuk rakyat marhen miskin sahaja dan tidak diguna pakai pada golongan selebriti/VIP? Sekiranya tidak kenapa tiada saman on the spot padahal ini berlaku DEPAN BALAI? https://t.co/asttO40AFc
— Effi Saharudin 🏴☠️ (@1Obefiend) May 24, 2021
Video Bernama di atas menunjukkan mereka telah selesai memberi keterangandi Ibu Pejabat Polis Seremban.
Namun netizen mendakwa mereka melanggar SOP selepas SOP mengehadkan hanya tiga orang individu dalam sesebuah kenderaan sepanjang PKP ketika ini.
Mungkin bukan berempat tetapi berlima termasuk pemandu.
0 Comments