E-Tunai Rakyat salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk memeriahkan pembelian tanpa tunai. Transformasi yang diinginkan akan menjadi lebih cepat kerana bayaran adalah secara digital dengan menggunakan aplikasi e-Wallet atau e-Dompet.
Inisiatif ini adalah untuk mereka yang layak, pastinya rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000. Tinggi juga, ramai yang layak memohon. Kelayakan pemohon pula bukan secara automatik tetapi tetapi akan disahkan melalui data Jabatan Pendaftaran Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Apa yang diberikan tidak banyak untuk setiap seorang, memadailah untuk mencuba pembelian cara baru ini. Jumlahnya hanya RM30 akan diberikan secara one-off melalui e-Wallet. e-Wallet akan berfungsi sebagai dompet digital yang boleh menyimpan wang. Melalui e-Wallet yang berduit, pembayaran serta pembelian secara digital boleh dilakukan.
Penyedia Perkhidmatan e-Wallet
Sepertimana yang diketahui dan diperakui pihak kerajaan, hanya 3 penyedia perkhidmatan e-Wallet yang boleh digunakan. Syarikat-syarikat yang mengendali e-Wallet iaitu Boost, Grab dan Touch ‘n’ Go. Merka telah mendapat pengesahan serta telah diberi lesen oleh Bank Negara.
Walaupun individu hanya mendapat RM30, pihak kerajaan perlu menyediakan dana sebanyak RM450 juta. Jadinya permohonan boleh dibuat bermula 15 Januari sehingga 14 Mac 2020. Dikira siapa cepat dia dapat dari jumlah yang diperuntukkan. Nilai RM30 itu pula hendaklah dihabiskan sebelum 14 Mac 2020. Apabila tidak digunakan secara automatik akan luput selepas itu.
Cara Memohon E-Tunai Rakyat
Pemohon boleh memuat turun aplikasi e-Wallet daripada ketiga-tiga penyeda terbabit melalui langkah-langkah berikut:
1) Kunjungi Google Play Store bagi telefon pintar versi Android atau App Store bagi telefon pintar Apple dan cari aplikasi e-Wallet pilihan anda.
2) Muat turun aplikasi e-Wallet dari Google Play Store atau App Store.
3) Klik “Pasang” untuk memuat turun aplikasi ke telefon pintar anda.
4)Lengkapkan maklumat yang diperlukan, apabila akaun anda disahkan dan boleh tebus nilai e-Wallet anda.
Walaupun tidak banyak, nikmati nilai RM30 anda, yelah percuma kan!! Untuk maklumat lanjut kunjungi Boost, Grab dan Touch ‘n’ Go.
0 Comments