Dafi Bangga Bapa DiLantik Timbalan Perdana Menteri

1 min


– NST

Penyanyi Dafi gembira dan bangga dengan pelantikan bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Melalui pengumuman Pejabat Perdana Menteri petang tadi, Menteri Pertahanan itu diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Manakala Menteri Luar Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai menteri kanan yang akan mengambil tugas Ismail Sabri sebagai pengendali kluster keselamatan sebelum ini.

Menurut Dafi, dia dan keluarga sentiasa memberi sokongan kepada bapanya yang sentiasa bekerja keras selama ini.

“Saya tumpang gembira dengan pelantikan ini. Sebagai anak saya sangat berbangga dengan setiap kejayaan yang beliau terima selama berkecimpung dalam bidang politik.

“Saya akan sentiasa memberikan sokongan penuh kepadanya. Kita semua tahu yang dunia politik ini adalah minat utamanya. Saya harap dia mampu menggalas jawatan ini dengan sebaik mungkin serta terus cemerlang dalam kerjayanya,” katanya dipetik Rotikaya.

Dafi berkata, bapanya sentiasa suka dengan kerjanya namun ramai yang tidak menghargai usaha kerasnya selama ini, namun dia kasihan melihat sendiri penat lelah bapanya.

“Saya tahu dia suka dengan kerjanya, tapi saya juga kasihan melihat keadaan dirinya yang penat bekerja. Tambahan pula tidak semua orang betul-betul menghargai apa yang dia lakukan.

“Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana faham keadaan sekarang orang ramai yang tertekan serta ada sesetengah yang tidak sependapat dengannya. Namun, perkara ini sudah menjadi asam garam dan sebahagian daripada kerjayanya,” katanya.


Like it? Share with your friends!

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

...

error: Content is protected !!