Aplikasi popular WhatsApp menambah nilai untuk pengguna mereka dengan memperkenalkan satu ciri baharu. Ciri yang membolehkan pengguna menghantar mesej dalam sembang individu atau kumpulan dan akan menghilang selepas 7 hari.

Perkhidmatan pesanan itu menjelaskan bahawa pengguna dapat membuat tetapan yang diinginkan.

Mesej Menghilang

Sekiranya ingin mengaktifkan ciri ini, pengirim hanya perlu tapkan nama kenalan, klik pada ciri “Mesej Menghilang” dan aktifkan. Untuk menyahaktifkan, hanya langkah yang sama perlu dilakukan.

Namun melalui ruang sembang kumpulan hanya pentadbir yang diizinkan untuk membuat tetapan.

Pada ketika ini, tempoh untuk menghapuskan kiriman hanya boleh ditetapkan dalam tempoh tujuh hari dan tempoh itu tidak dapat diubahsuai seperti diinginkan oleh pengguna. Dengan ciri tersebut tidak akan mempengaruhi mesej yang dihantar atau diterima sebelumnya.

Oleh kerana aplikasi ini mempunyai pilihan untuk memuat turun media secara automatik, media yang dikirim dalam pesanan juga akan dihapus dalam tempoh tujuh hari.

Menurut WhatsApp, walaupun pengguna tidak membuka aplikasi itu selama tujuh hari, mesej akan tetap hilang.

Namun, terdapat beberapa keadaan di mana mesej itu dapat dilihat walaupun selepas tujuh hari. Sebagai contoh, jika aplikasi tidak diakses selama tujuh hari, pemberitahuan pesanan akan kelihatan sehingga aplikasi dimulakan lagi.

Pesan Pihak Whatsapp

WhatsApp juga memberi amaran kepada pengguna yang ingin mengaktifkan ciri ini dibuat dengan orang yang mereka percayai. Ini kerana pesanan yang hilang tetap dapat disimpan dengan membuat ‘copy screen’, menyalin kandungan atau bahkan mengambil foto menggunakan peranti lain.

Aplikasi yang terus popular berbanding perkhidmatan pesanan yang lain. Baca juga bagaimana pencipta Whatsapp, Koum buat duit dengan WhatsApp sebanyak USD19 Billion.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *