Kerajaan memperkenalkan Program eBelia di mana belia yang berusia 18 ke 20 tahun layak menuntut bantuan Kredit e-Tunai RM150 bermula 1 Jun ini.
Melalui program di bawah PEMERKASA (Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi) dijangka seramai 2 juta belia yang layak. Ia bertujuan meringankan beban kewangan pelajar serta menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai dengan penggunaan eWallet.
Semasa pembentangan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi tujuan ini. Ia membolehkan mereka yang layak mendapat bantuan sebanyak RM100 setiap seorang.
Namun begitu peruntukkan tersebut dinaikkan sehingga RM300 juta pada Mac lalu sehingga membolehkan belia menuntut sebanyak RM150.
Syarat-syarat Tuntut Kredit e-Tunai
Syarat-syarat inisiatif eBelia ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir 2001-2003) atau pelajar sepenuh masa di IPT tempatan berdaftar sama ada peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas.
Data akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan bagi memastikan mereka yang layak.
Cara Tuntut e-Tunai RM150
Bantuan eBelia boleh dituntut melalui 4 perkhidmatan e-Tunai iaitu:
BigPay
Boost
ShopeePay
Touch ‘n Go eWallet
Belia yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai melalui salah satu perkhidmatan di atas.
Perkhidmatan e-tunai juga akan menyediakan insentif tambahan sama ada cash back, baucar, mata terkumpul atau coins. Belia yang layak hanya perlu memastikan apa tawaran terbaik yang akan diperolehi dengan membuat perbandingan tawaran-tawaran perkhidmatan terbabit.
Bagi mereka yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun 2021.
Kini perkhidmatan-perkhidmatan e-Tunai ini mempunyai 30 juta pengguna aktif serta lebih 1 juta peniaga secara dalam talian serta diluar talian.
Tempoh Masa
Tempoh untuk menuntut kredit e-Tunai adalah dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021. Kredit tersebut hendaklah dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021.
Untuk maklumak lanjut sila semak Program eBelia.
0 Comments