Cara Pinjam Koleksi Digital Perpustakaan Negara

2 min


Foto – Bernama

Kini  ebuku-buku online menjadi pilihan menggantikan buku-buku biasa. Perpustakaan Negara adalah salah satu pilihan terbaik untuk mendapatkannya.

Bacalah… penegasan pertama yang Allah SWT berikan kepada manusia melalui junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Ayat pertama Al-Quran tentang pentingnya membaca. Membaca punca untuk memperoleh seberapa banyak maklumat dan ilmu. Membaca jambatan ilmu namun sayang.. sudah tidak kedengaran lagi di media-media hari ini.

Oleh itu Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mengambil inisiatif menggalakkan semula budaya membaca. Kini kempen  ‘Sila Duduk Di Rumah Dan Baca Buku’ diusahakan PNM supaya masyarakat kembali berminat untuk membaca lagi.

Sejarah Ringkas Perpustakaan Negara

PNM bermula seawal 1956 apabila Malayan Library Group (MLG) menhangtar memorandum yang mencadangkan penubuhan Lembaga Perpustakaan Negara (PN) bagi memulakan Perkhidmatan Perpustakaan Negara.

Pada 1958, usaha menggerakkan penubuhan PN bermula dan Arkib Negara Malaysia telah menyediakan laporan penubuhan PN pada 1963. Pada 1966 Jawatankuasa PN telah diberi tanggungjawab bagi menubuhkan PN.

Akta Pemeliharaan Buku telah diluluskan pada 1966. Akta yang mewajibkan setiap penerbit menyerahkan dua naskhah buku setiap terbitan kepada PN. PN telah ditubuhkan sebagai sebuah unit di bawah Arkib Negara untuk melaksanakan akta itu.

Akta Perpustakaan Negara diluluskan pada September 1972 dan Bahagian Rujukan dibuka kepada orang awam. Pada 1975, Perkhidmatan Pinjaman Awam bermula di Wilayah Persekutuan pada 1975. PNM menjadi sebuah Jabatan Kerajaan Persekutuan pada 1977.

Pangkalan data majalah telah diwujudkan bagi artikel-artikel terpilih pada 1985 dan PNM menerima sistem komputer pertama pada 1988.

PNM berpindah ke bangunan barunya di Jalan Tun Razak pada tahun 1992. Lihat rujukan lanjut di PNM.

Dan Baca Buku

Kini kempen ‘Sila Duduk Di Rumah Dan Baca Buku’ bermula. PNM menggerakkan budaya membaca masyarakat supaya terus mekar dengan jutaan terbitan dan buku online yang boleh dipinjam.

Pelbagai kategori buku disediakan sama ada sejarah, poitik, novel, perniagaan, gaya hidup, komik, keluarga, kesihatan, buku kanak-kank serta pelbagai bahan yang merangkumi keseluruhan koleksi yang tersimpan di PNM sehingga 13.2 juta.

Cara-cara Membuat Pinjaman Buku

  1. Kunjungi https://pnm.elib.com.my/
  2. Daftar – Pendaftaran dengan menyertakan nama penuh, nombor telefon dan juga nombor kad pengenalan.
  3. Aktif Akaun – Aktifkan akaun dengan email yang diterima dari PNM.
  4. Login – Dengan menyertakan username dan password.
  5. Klik Senarai e-Buku dan pilih kategori.
  6. Klik Selanjutnya sekiranya inginkan butiran buku yang terpapar.
  7. Klik Pinjam jika hendak meminjam dan kini buku itu telah berada dalam senarai peminjam.
Cara Baca Buku
  1. Klik Baca dan pilih Cloud Reader untuk membaca buku.
  2. Skrin menunjukkan ebuku sedang dimuat turun.
  3. Klik anak panah untuk membaca halaman sebelum atau selepas.
  4. Ubah suai setting pembacaan (butang di sebelah kanan atas)
  5. Klik butang isi kandungan untuk melihat senarai topik e-book.
  6. Klik untuk baca topik tersebut.

Kini boleh dan mudahlah anda membaca seberapa banyak buku dari PNM. Membaca jambatan ilmu..


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

...

error: Content is protected !!