Buat Duit Online
Imej – Reuters

Jack Dorsey, boss media sosial popular Twitter berjaya menjual tweet pertama miliknya dengan harga dari USD2.9 juta. Ia bersamaan dengan RM11.9 juta di mana untuk setiap huruf yang ditulis bernilai RM595,000.

Non-fungible Token

Boleh dijual ek! Walau tweet yang boleh dicopy dan paste, ditulis semula tidak logik berharga sedemikian. Namun ia telah dibuktikan dengan harga sedemikian. Sebenarnya hak milik tweet itu yang dijual dan dalam bentuk token – non-fungible token (NFT).

Apa kebendanya NFT. Mudahnya macam aset digital matawang kripto tetapi mata wang kripto boleh ditukar-tukar yang disebut fungible. RM100 yang anda pegang sama dengan RM100 yang dia pegang, fungible.

Namun NFT ini non-fungible, tidak sama antara satu sama lain dengan sifat unik tidak boleh ditukar dengan yang lain. Nak tukar kad A dengan kad A baru, akan dapat kad selain A.

Pening… boleh tambah maklumat di Google, di Youtube pun ada.

Pada tahun 2021, NFT makin meletup, itu yang menyebabkan harga tweet pun boleh cecah RM12 juta. Uniknya ia juga mempunyai tandatangan digital dan sesiapa yang memiliki aset digital tersebut dapat disahkan kepemilikkannya.

Berbalik kepada tweet tadi, “just setting up my twttr” – “hanya mengatur twttr saya” adalah tweet pertama yang dibuat Dorsey 15 tahun dahulu iaitu ditulis pada 22 Mac 2006.

Wang cryptocurrency Ether

Ia dibeli dengan matawang digital, menggunakan cryptocurrency Ether, pada harga ETH1630.5825601, yang bersamaan USD2.915.835.47 pada masa penjualan.

Harga itu disahkan Cameron Hejazi, CEO Cent yang terkait dengan penjualan itu dan bakal menikmati 5 peratus komisyen dari nilai tersebut.

Buat Duit Online
Image – Coconuts

Menariknya, menurut Hejazi, ia dibeli oleh pemilik profil Twitter Estavi, @sinaEstavi iaitu Sina Estavi yang berpengkalan di Malaysia. Estavi merupakan CEO syarikat Bridge Oracle.

Kata Estavi ketika diminta memberikan komen mengenai pembelian tersebut, bahawa dia “bersyukur”.

Buat Duit Online
Imej – ELEHH

Estavi sanggup membeli dengan nilai sedemikian kerana lonjakan NFT yang gila-gila ketika ini. Sebenarnya asal ada wang, semua jadi!

Anda juga boleh cuba-cuba buat sesuatu secara digital, lukisan digital dan boleh dijadikan NFT. Mana tahu rezeki dapat dijual berjuta pula!


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *