Benarkah buku latihan murid sekolah rendah hari ini amat menekan? Hal ini kerap diperkatakan di media sosial malah sejak kebelakangan ini, ramai ibu bapa mula menularkan gambar dari buku latihan yang dijual di pasaran.

Selain itu, ada yang turut berkongsi gambar halaman buku teks sekolah anak-anak yang dikatakan sangat berat.

Perkongsian seorang pengguna Facebook, Aminah Adnan tentang buku latihan untuk murid lapan tahun mengundang perdebatan ramai kerana soalan yang diberikan dilihat tidak sesuai dan belum mencapai pemikiran bagi murid sekolah rendah.

Soalan itu antara lain meminta murid menulis perbandingan antara bekerja sendiri dengan makan gaji. Dan soalan lain pula meminta mereka menyenaraikan punca kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar

“Macam manalah saya tak sokong Cikgu Fadli Salleh. Ini soalan contoh Bahasa Melayu, tahun 2 dari salah satu buku yang ada di pasaran.

“(Pertama), punca-punca kemerosotan disiplin murid-murid. (Kedua), perbandingan antara bekerja sendiri dengan makan gaji,”

Dalam soal silibus yang didakwa menekan murid ini, ramai yang berpendapat bahawa soalan-soalan seperti ini tidak sepatutnya diletakkan di dalam buku latihan kerana dalam fasa usia ini, anak-anak masih mencari keseronokan ketika belajar.

Namun jika latihan yang disediakan sudah sesukar ini, ia boleh membuatkan anak-anak hilang minat untuk belajar.

Beberapa har ini juga tular di media sosial tentang Cikgu Mohd Fadhli Salleh yang dilaporkan berdepan tindakan bakal dibuang kerja atau turun pangkat gara-gara lantang menyuarakan masalah sistem pendidikan, termasuk silibus yang diajar di dalam buku teks. – MD


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *