Mydin Murah
Imej – hype.my

Apabila anda ingin membeli barangan runcit, terutamanya apabila melibatkan jumlah yang banyak, tentu anda akan membuat perkiraan pasaraya besar mana yang ingin dituju. Ini kerana setiap pasaraya mempunyai harga berbeza kecuali barangan yang berada di bawah harga kawalan.

Sebelum ini, seorang pengguna Twitter berkongsi bahawa dia memutuskan untuk membeli-belah di Mydin dan bukannya pasaraya Econsave yang biasa kunjunginya.

Setelah selesai, @RifdiAmri menyiarkan gambar hasil beli-belahnya di Mydin. Gambar itu menunjukkan troli yang penuh dengan barangan runcit. Dia membuat kesimpulan, barangan di Econsave ‘jauh lebih murah’ berbanding pasaraya Mydin.

Mydin MurahCiapan tersebut tular setelah mendapat perhatian netizen tetapi tiada siapa menyangka CEO Mydin, Dr Ameer Ali Mydin juga terkesan dan membalas tweet tersebut. Seseorang akan menganggap bahawa CEO mungkin marah atau tersinggung dengan ciapan sedemikian tentang syarikat mereka. Namun ahli perniagaan itu hanya meminta maaf dan meminta resit supaya Mydin dapat menilai semula harganya supaya lebih berdaya saing. CEO Mydin itu juga memaklumkan Mydin sentiasa membuat perbandingan bagi 200 barangan keperluan asas setiap minggu dengan pasaraya Econsave, Lotus dan Giant.

@RifdiAmri menjawab kepada Dr Ameer Ali Mydin dengan mengatakan bahawa tidak ada keperluan untuk memohon maaf kerana beliau percaya pasukan Mydin melakukan kerja yang sangat baik dalam tinjauan perbandingan harga dengan pesaing.

Mydin MurahWarganet yang lain membalas ciapan tular itu dengan beberapa memuji Ketua Pegawai Eksekutif Mydin itu kerana respon tenangnya terhadap maklum balas pelanggan dan mengambil berat terhadap keperluan pelanggan. Ada yang mencadangkan bahawa perbezaan harga mungkin tidak selalu berlaku dan pelanggan harus tahu perkara yang perlu diutamakan semasa membeli-belah untuk barangan runcit dan keperluan lain.

Mydin MurahApa pendapat anda? Adakah barang-barang di Mydin terlalu mahal atau adakah pasaraya Econsave lebih murah?

Sebenarnya berbelanja barangan runcit, sama ada Mydin atau Econsave adalah memadai dan berpatutan. Kalau sebelah sini, TMG, Giant boleahlah, tak pergi pun tak pe, TreeLeaf tak nak pergi dah!


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *