Celoteh sikit pasal bonus penjawat awam! Belanjawan 2021 akan dibentang di Parlimen pada 6 November. Apabila belanjawan (baguslah ‘belanjawan’ kembali digunakan) diumumkan, apa yang ditunggu-tunggu oleh penjawat awam ‘bonus’. Mereka akan mencongak berapakah bonus yang akan diperolehi kali ini.
Sejarah Bonus Penjawat Awam
Berikut kita lihat dahulu 7 tahun terakhir sejarah bonus penjawat awam Malaysia semenjak diperkenalkan pada tahun 1993.
Mengikut sejarah pemberian bonus, kali terakhir kakitangan awam mendapat bonus dalam bentuk gaji bulanan iaitu sebulan gaji adalah pada tahun 2012. Ini kerana pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang dilaksanakan pada 5 Mei 2013.
Begitu pula dengan pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 2018, penjawat awam mendapat lebih banyak daripada biasa iaitu RM1500.
Penjawat Awam Pohon Sebulan Gaji
Agaknya pada tahun ini layaklah pemberian bonus dalam bentuk gaji bulanan iaitu sebulan gaji memandangkan kepada perkara-perkara berikut;
- Memandang belanjawan kali ini adalah belanjawan pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Beliau telah dan boleh menunjukkan beliau lebih pemurah, juga kepada penjawat awam.
- Rekod juga menunjukkan telah lama penjawat awam tidak mendapat bonus dalam bentuk gaji bulanan.
- Sudah bertahun tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak dilayan. Pada kali ini CUEPACS tidak memohon bantuan khas tetapi memohon dipertimbangkan bonus dalam bentuk gaji bulanan. Pihak Cuepacs sudah pun mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan berhubung perkara ini.
- Parti Muda juga membuat 10 tuntutan melalui belanjawan kali ini. Salah satu bonus dua bulan untuk barisan hadapan.
- Rekod menunjukkan tahun pilihan raya umum (PRU) kerajaan mendadak menjadi lebih pemurah. Dalam keadaan politik yang sedia ada, keadaan yang tidak menentu, pru boleh diadakan bila-bila masa, mungkin tidak sempat ke belanjawan seterusnya. Oleh itu adalah lebih baik kerajaan menjadi lebih pemurah.
- Kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor telah mengumumkan setengah bulan gaji atau RM1000 bonus untuk kakitangan awam masing-masing. Takkan PM PN tidak mahu menjadi lebih pemurah daripada negeri PH.
- Golongan-golongan lain sudah mendapat bantuan lain sebelum ini, contohnya mereka yang mempunyai daftar niaga memperolehi RM3000 tunai sebelum ini. Golongan penjawat awam ingin juga merasa.
Namun begitu penganalisis memberi pandangan, jangan mengharapkan bulan bintang melalui belanjawan kali ini.
0 Comments