Beza Kompaun Ziarah Kubur Dengan Pandu Uji Ford Raptor

2 min


Beza kompaun rakyat ziarah kubur di pagi Aidiladha dengan kompaun MB pandu uji Ford Raptor.

Seorang anak muda berusia 21 tahun yang menziarahi kubur pada pagi Aidiladha tidak bernasib baik apabila dikompaun sebanyak RM2,000 kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menurut polis, anak muda itu ditahan dan dikompaun oleh pasukan khas pematuhan SOP pada 11.40 pagi di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 12 dan 13.

Anak muda itu bersama anak saudara menziarahi tanah perkuburan itu bersama dua kanak-kanak iaitu anak saudaranya masing-masing iaitu perempuan berusia tiga tahun dan lelaki berusia lima tahun.

Tanpa madah berhelah daripadanya, dia dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kata polis kompaun dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Anak muda itu terus dikompaun, tanpa rasa ehsan walaupun di pagi Aidiladha, terus sahaja dikenakan RM2000, bukan RM1500 atau RM1000.

Namun ada yang lebih bernasib baik, tuahnya baik, setelah berbulan melanggar SOP pandu uji Ford Raptor baru dikenakan kompaun RM1500.

Itupun setelah pembantu dan SU takwil itu ini, MB tidak pandu uji kereta Ford, hanya lihat-lihat sahaja sambil membeli makanan.

Ada seorang jurujual sedang menyusun kereta Ford Ranger di luar pusat jualan dan pameran kenderaan berkenaan manakala Muhammad Sanusi hanya pergi melihat kenderaan berkenaan kerana minat dan bukannya untuk membeli.

Bahkan pendakwa dimaki penyokong MB sehingga terpaksa bersumpah dengan nama Allah bahawa dakwaan benar.

Akhirnya MB dikompaun kerana melanggar SOP RM1500.

Nasib anak muda ziarah kubur tidak begitu baik, bagaimanakah agaknya cara untuk dia membayar nanti. Tidak seperti MB, mudah untuk melunaskannya..


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

...

error: Content is protected !!