Berjauhan Dengan Suami Kerana PKP, Isteri Mengaku Lahir Benih Adik Ipar Sendiri

2 min


Adik Ipar SendiriPerkembangan Covid-19 yang masih belum diketahui penamatnya malah semakin mencabar menghasilkan pelbagai kisah sendiri.

Berikut adalah kisah bagaimana suami isteri yang berjauahan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga menyebabkan berlaku perzinaan dengan adik ipar sendiri sehingga melahirkan anak.

Ini kisah yang diceritakan Nur Fatihah Azzahra, seorang peguam Syariah yang telah dihubungi oleh seorang suami bertanyakan tentang hukum Li’an. Hukum seorang suami yang ingin menafikan anak yang dikandung isteri adalah bukan daripada darah daging sendiri.

Punca adalah kerana ingin berjimat sehingga terjadi jimak yang dilarang syarat. Mereka dua beradik bersama isteri masing-masing berkongsi rumah sewa kerana ingin mengurangkan kos untuk menyewa rumah lain. Maka tinggallah mereka berempat di rumah sama di Selangor.

Suami terpaksa bertugas di Perak. Akibat desakan PKP, walaupun PJJ – pasangan jarak jauh adalah sebab dibolehkan untuk rentas negeri dan si suami terkandas di Perak. Tinggallah mereka bertiga di rumah yang sama.

Sehinggalah si isteri disahkan mengandung, lalu dia beriya-riya meminta suami merentas sempadan supaya rahsia aib sendiri dapat disembunyikan.

Adik Ipar SendiriSelepas 12 hari bersalin, terdetik keinsafan serta sesalan di hati isteri dengan dosa yang dilakukan serta tidak mahu lagi menipu suami, maka isteri membuat pengakuan.

Ini kerana anak yang dilahirkan disedari isteri dari segi sifat serta raut wajah mengikut iras adik ipar. Isteri mengaku kepada suami, anak yang dilahirkan bukan daripada benih suaminya sendiri.

Luluh hati suami mendengar pengakuan tersebut. Isteri mengaku telah beberapa kali terlanjur dengan adik suami sendiri semasa ketiadaan biras dirumah. Apabila didesak, adiknya juga mengaku beberapa kali bersama, katanya atas kerelaan kakak iparnya sendiri.

Suami meminta pandangan peguam tentang status anak tersebut serta tentang li’an yang ingin dilakukannya.

Li’an adalah sumpah suami ketika menuduh isterinya telah berzina atau penolakannya terhadap kehamilan isterinya, sedangkan dia tidak mempunyai empat orang saksi yang melihat
sendiri perbuatan itu. Suami bersumpah bahawa dia adalah orang yang benar dalam tuduhannya. Kemudian pada sumpah kesaksian yang kelima ia meminta kutukan Allah SWT seandainya dia berdusta.

Isteri juga akan bersumpah empat kali bahwa dirinya tidak berbuat sebagaimana tuduhan suaminya, pada sumpah yang
kelima ia bersedia menerima murka Allah SWT bila tuduhan suaminya ternyta benar.

Namun penghujung perbualan mereka apabila ditanya tentang perkara tersebut;

“Tuan yakin atau tidak nak li’ankan anak tersebut?”, Dia sudah menangis di hujung talian.
“Bagi saya tu anak saya, Puan.”

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

.