Bendera Putih
– Malaysia Dateline

Sejak inisiatif bendera putih digerakkan, kita sering terbaca di media tentang tidak kisah siapa yang memulakannya.  Apa yang lebih penting adalah menggerakkannya supaya mereka yang dalam kesempitan dapat dibantu.

Idea Bendera Putih Terawal

Namun melalui carian Astro Awani, kita dapat mengetahui siapakah yang memulakan idea berkenaan. Carian Astro Awani menunjukkan pengguna Facebook dengan nama Jah atau Nik Faizah Nik Othman yang memulakan idea itu.

Ni Jah menaikkan posting ‘bendera putih’ pada jam 11.28 pagi, 28 Jun 2021 di Facebook. Ia meminta supaya bendera putih dinaikkan bagi mereka yang terdesak dan berada dalam kesempitan. Ia bagi memudahkan mereka yang berada di sekeliling mengetahui dan dapat datang membantu sekadar termampu. Dia menggesa jangan ambil tindakan yang merugikan.

Ini susulan ada beberapa kes yang mengambil tindakan membunuh diri apabila berada dalam keadaan terdesak.

Dia menulis agar sesiapa yang berada dalam kesulitan supaya elakkan stress dan berkongsi masalah dengan orang ramai. Dengan bendera putih menunjukkan mereka tidak perlu merayu. Tidak perlu malu dan semoga ada yang datang membantu, tulisnya.

Melalui carian di Twitter juga menunjukkan Nik Jah antara yang terawal mencadangkan inisiatif berkenaan. Kini inisiatif berkenaan mendapat sambutan sehingga ramai yang telah diberi bantuan oleh pelbagai pihak.

Kain Putih Mudah Diperolehi

Bendera Putih Apabila ditanya tentang warna putih, Nik Jah menjelaskan kerana kain atau pakaian berwarna putih lebih mudah diperolehi. Setiap rumah mempunyai kain putih sama ada lampin putih dan baju sekolah anak yang berwarna putih.

Warna putih akan lebih mudah untuk menarik perhatian mereka yang berada di sekitar. Sekiranya tidak dapat membantu, paling tidak melaporkan kepada pihak yang boleh membantu.

Nik Jah merupakan Timbalan Ketua Wanita AMANAH (AWAN) Kelantan selalu membantu masyarakat setempat. Dia menasihati mereka yang dalam kesusahan berbuat demikian supaya masyarakat sekeliling tahu dan peduli akan kesusahan yang di alami.

Posting Nik Jah kini dikongsi lebih 20000 pengguna Facebook dan mendapat lebih 3600 tanda suka.

Apabila ditanya tentang kempen yang mendapat perhatian, Nik jah berkata dia hanya ingin sampaikan mesej untuk kawasan sekitarnya sahaja. Dia yang tinggal di kawasan Tumpat tidak menyangka ianya tular.

Kini terdapat banyak laporan mereka yang membantu dan dibantu dengan idea bernas berkenaan. Jangan lupa naikkan bendera putih bagi mereka yang terdesak. Bukan tanda kalah sebaliknya hanya usaha akhir sekadar termampu.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *