Seorang pemuda yang menyambut kedatangan tahun baharu dengan mendaki gurung berkesempatan menikmati suasana alam yang jarang-jarang berlaku sehingga dikaitkan dengan penampakan malaikat.

Menyatakan malaikat yang hadir di sebalik awan, dikelilingi oleh cahaya pelangi yang melingkar indah.

Namun itu sebenarnya fenomena alam yang sangat jarang berlaku dan ianya berjaya dirakam jurugambar Rhys Pleming yang berada di puncak gunung Snowdon, Gwynedd, puncak tertinggi di Wales pagi awal tahun baharu.

Fenomena alam ini dikenali sebagai Brocken Spectre.

Pleming yang telah mendaki bersama rakannya, Dale Spragg dan berada di puncak iitu pada kira-kira jam 08:15 GMT. Mereka memulakan perjalanan mereka pada jam 06:00 dengan satu tujuan untuk menyaksikan suasana matahari terbit.

Pemuda yang menetap di Llanrug, berkata ‘lembaga’ itu muncul antara kafe dan puncaknya pada kira-kira pukul 09:25 pagi dan beberapa keping gambar sempat dirakam.

Sebagai pengetahuan Brocken Spectre adalah fenomena optik yang sangat jarang berlaku atau berlaku cuma kita tidak berkesempatan melihat secara langsung.

Untuk dapat melihat fenomena ini syarat utama ialah adanya pemerhati (observer), cahaya matahari, kabus dan berada di bentuk muka bumi atau kawasan yang lebih tinggi daripada awan.

Suasana boleh terbentuk apabila cahaya matahari yang berada di belakang adalah dalam berkedudukan selari dengan pemerhati di kawasan tengah dan juga kabus (depan).

Apabila cahaya matahari memasuki titisan-titisan air kecil lalu menyebabkan berlakunya pantulan dan pembelauan. Pembelauan ialah gelombang cahaya bertembung dengan objek penghalang lalu mengakibatkan gelombang ini menyimpang daripada garisan lurus.

Perbezaan ketara antara pelangi biasa dan Brocken Spectre adalah warna pelangi biasa yang terang dan jelas berbanding Brocken Spectre yang agak pudar dan kurang jelas. Hanya pemerhati yang memerhati secara membuat pandangan sekeliling biasanya akan berjaya mengesan terlebih dahulu.

“Saya hanya seorang jurugambar dan jurugambar, ia hanya hobi. Saya hanya mahu bangun untuk mendapatkan beberapa gambar matahari terbit – Rhys Pleming ”

Istilah Brocken untuk fenomena ini telah dicipta pada 1780 di Jerman, ia dinamakan sempena gunung yang pertama kali ianya dilihat.

Brocken adalah puncak tertinggi di Pergunungan Harz dan sering diselubungi awan atau kabus.

Rujukan:
https://www.bbc.com/news/uk-wales-50981682
https://luarpintu.com/2016/11/22/brocken-spectre-di-berekeh/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here