Seorang vlogger yang juga Youtuber sanggup membakar kereta Mercedes AMG GT 63 miliknya yang berharga RM1.7 juta untuk kandungan video Youtube.

Media melaporkan vlogger dari Russia, Mikhail Litvin dikatakan  kecewa kerana keretanya yang sentiasa rosak. Lebih menyakitkan hati apabila pusat jualan tidak melayan agar kereta itu dibailki bahkan hanya membiarkan keretanya tersadai sehingga 2 minggu tanpa apa-apa tindakan.

Setelah 5 kali membawa ke pusat jualan dan dikatakan tidak menghiraukannya, lantas dia membuat satu pesanan kepada pihak Mercedes dengan tindakan mengejutkan dengan membakar kereta tersebut dan disiarkan melalui saluran miliknya.

Video yang berdurasi selama 7 iminit telah disiarkan 24 Oktober lalui yang ketika ini telah mendapat lebih 11 juta tontotanan dengan 1 juta tanda suka serta mendapat lebih 100, 000 komen.

Rata-rata netizen terkejut dengan tindakannya membakar kereta tersebut. (Gamaknya tujuan berhasil!)

“Kalau Youtuber Amerika membakar iPhone, Youtuber Russia membakar kereta, saya tidak senang dengan cara itu,” komen seorang netizen.

“Perkara yang tidak baik untuk ditiru tapi jika anda dari keluarga kaya dan mempunyai kereta Mercedes lebih di rumah, apa salahnya. Kerana mencipta konten luar biasa dianggap ‘hebat’ – atau betulnya pendek akal,” komen yang lain.

Sebenarnya dia ingin memberi kelainan kepada kandungan video kerana duitnya berlebih dengan saluran yang kini mempunyai lebih 4.96 juta subscriber. Bukannya hanya kecewa sangat. Persiapannya rapi sebelum pembakaran dimulakan.

Namun pesanan untuk dia sampaikan kepada pihak Mercedes mungkin akan diberi perhatian. Sediakan perkhidmatan terbaik selepas jualan kerana ramai yang suka membakar sekarang!


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *