Tular di media sosial sebuah video bagaimana seorang usahawan memberi ‘nasihat’ dengan nada biadap terhadap seorang warga emas.

Rata-rata warganet tidak berpuasa hati dan membuat kecaman terhadap Carl Samsudin, usahawan berkenaan. Kecaman termasuk juga daripada golongan selebriti yang tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian.

Tindakan itu turut mengundang reaksi daripda pelawak dan pengacara Harith Iskandar. Harith bertanya soalan yang ditujukan kepada Carl Ibrahim, adakah dia mengetahui kehidupan Pak Cik itu sebelum ini.

“Awak tahu ke kehidupan Pakcik tu sebelum ini? Awak di sisinya selama bertahun-tahun yang lepas? Even so what gives YOU the right to berate another human being. Maybe I am not getting the complete picture. Please correct me. To “Carl Samsudin” I hope “God” sends you this message,” tweet Harith.

Sebelum itu pelakon Sherry Ibrahim turut memberi reaksi tidak bersetuju dengan tindakan itu. Dia berkata tindakan Carl Samsudin disifatkan sebagai tidak wajar dan dia tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun termasuk warga emas.

“Sherry memang pantang dengan orang yang tak pandai nak hormat orang-orang tua mcm ni. Tak perlu kot nak merendahkan orang mcm tu. Sangat tak baik,” tulis Sherry Ibrahim di laman Instagramnya.

Pada masa yang sama, Sherry turut memberikan nasihat kepadanya supaya belajar untuk menghormati orang yang lebih tua ditambah dengan tanda pagar ‘kurang ajar’.

“Awak kena ubah sikap awak dan belajar untuk menghormati orang yang lebih tua daripada awak. #KurangAjar.”

Video berkenaan tular selepas dimuat naik sendiri oleh Carl Samsudin di Insta Stories akaun peribadi miliknya sebelum dipadam. Namun, video berkenaan sempat ‘dicopek’ oleh pengikutnya.

“Masa muda dahulu, menyesal tak tidak buat betul-betul? Masa muda dahulu menyesal tak banyak main? Korang bila tua nanti baru nak menyesal ke?” antara ‘nasihat’ Carl Ibrahim.

“Pernah tak you all wish one day, tak kisah la agama you pray to God, “God show me the way how I want to change my life”. Pernah tak? What if TODAY is the God send me?” tambahnya.

Tentunya ungkapan demikian mengundang kecaman dan amarah daripada warganet lebih-lebih lagi video itu dirakam di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.


0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *